Perjalanan Al-Quran::
Ia perjalanan yang sangat manis. Bermula dengan relearn makhraj dan tajwid yang betul (sehingga sekarang masih belajar), dalam pada tu hati tersangat rasa ingin tahu tentang maksud ayat2 dalam al-quran, pelbagai soalan dalam fikiran. Lama juga mencari, sehingga ditemukan jawapan iaitu tadabbur.
.
alhamdulillah start masuk kelas tadabbur masa duduk di Temerloh. Di Raub banyak pengukuhan bacaan dalam Bahasa Arab. Di bera, Kelas Taddabur diteruskan dan ramadhan 2020 yang lepas jumpa kelas bootcamp online dan support group by puan
Husna Haron, dalam kelas ni banyak ajar tentang pengurusan masa, hatta orang yang bz sekali pun masih boleh bersama bersahabat dengan al-quran bila mana masa tu dapat disusun dengan betul. Sebenarnya asbab bersahabat dengan al-quran itulah Allah beri kelapangan waktu, ketenangan walau banyak kerja.
.
.
Tapi Kenapa ya kena bersahabat dengan al-quran? bila tahu tentang ayat2 Allah hidup jadi sangat effortlessly. best sangat perkataan ni.

. Ye, effortlessly. Tak perlu struggle mengejar/risau kan dunia. Kerana solusi Allah jauh lebih hebat tak terjangkau logik manusia. Banyak lagi rahsia dalam al-quran, bila Allah beri kefahaman 1 per 1 Allah buka hijab untuk faham ayat2 Nya. Jangan pernah putus asa dengan Rahmat Allah. Pesan Ustazah, selagi bernyawa taubatlah, usaha baiki diri, mohon Rahmat Dan kasih sayang Allah Yang Maha Luas.
Rahmat Allah yang infinity .