Menapai
Bersama Cikgu Iskandar
Sebagai ibu bapa, kita mahu keluarga kita dapat makanan yang baik tanpa terbeban dengan kos hidup.
Bagaimana menapai boleh bantu urus belanja?
Bila harga barang naik, minyak dunia melambung, kos pengangkutan meningkat. Makanan yang baik untuk keluarga menjadi semakin mahal.
Sebagai ibu bapa, kita mahu anak-anak tetap dapat makanan yang baik tanpa terbeban dengan kos hidup. Di sinilah menapai jadi strategi praktikal untuk keluarga mengawal kos bulanan.
Kalau sebelum ini semua beli, selepas ini anda boleh hasilkan sendiri makanan fermentasi di rumah. Tak perlu bergantung pada produk pasaraya. Bila nak makan, buka balang hasil tapaian sendiri.
Potong. Gaul. Balang. Label. Biarkan proses semula jadi berlaku. Semudah itu.

Selamat Datang!
Saya Husna Haron, hanya membantu Cikgu Iskandar dalam pendaftaran kelas menapai ini sahaja.
Anda Mempunyai Misi Untuk Membuat Tapaian Sendiri di Rumah?
Setiap kali ke pasaraya, harga makanan berkhasiat makin melambung. Yogurt asli, kombucha, tempe segar, semua jadi barang mewah yang sukar dibeli selalu.
Sebagai ibu bapa, tentu kita mahu anak-anak membesar dengan makanan yang baik dan selamat. Namun realitinya, kos makanan semakin menekan dan pilihan semakin terbatas.
Di sinilah menapai hadir sebagai salah satu jalan keluar. Dengan ilmu menapai, anda boleh hasilkan sendiri makanan fermentasi di rumah. Kos lebih rendah, rasa lebih asli, dan lebih terkawal kerana dibuat sendiri tanpa bahan tambahan.
Kita akan belajar bersama Cikgu Iskandar, yang telah mengamalkan menapai sejak tahun 1982 dan berpengalaman mengajar ribuan pelajar.
Makanan hasil fermentasi diawet secara semula jadi melalui tindakan mikroorganisma seperti yis dan bakteria asid laktik. Tanpa perlu bahan pengawet tambahan jika proses dikendalikan dengan betul.

Mahu Kuasai Seni Menapai?
Bayangkan setiap kali buka dapur, anda ada stok makanan homemade yang anda sendiri sediakan untuk keluarga. Dengan skil menapai, anda bukan sahaja boleh kurangkan kos belanja dapur, malah masa memasak jadi lebih teratur dan berkurang dan anak-anak dapat belajar makan makanan yang sihat secara homemade.
Bagaimana Proses Menapai Berfungsi
Semasa proses menapai, bahan makanan digaul dengan garam atau kultur starter. Pada tahap ini, mikroorganisma baik (seperti bakteria asid laktik dan yis) akan mula membiak dan mengawal mikroorganisma jahat. Bila kebersihan tidak dijaga, bakteria jahat boleh mengambil alih dan hasilnya tidak selamat dimakan.
Proses ini penting kerana:
- Mikroorganisma baik – membantu mengawal pembiakan mikroorganisma jahat, menjadikan makanan lebih tahan lama.
- Kebersihan – ia menentukan keseimbangan.Jika tercemar, bakteria jahat boleh mengambil alih dan hasilnya tidak selamat dimakan.
- Tempoh fermentasi – tempoh perlu dipantau jika dibiarkan terlalu lama, kandungan alkohol boleh meningkat. Konsep ini sama seperti proses membuat arak, dan boleh memberi kesan kepada hukum serta penggunaan makanan.
Hasilnya, menapai bukan sekadar “buat makanan tahan lama”, tetapi satu proses yang perlu difahami dari sudut mikroorganisma dan kawalan masa. Bila dilakukan dengan betul, ia jadi cara praktikal mudah untuk menyediakan makanan homemade yang lebih terkawal untuk keluarga.
Mahu Kuasai Seni Menapai Untuk Hidup Lebih Teratur & Praktikal?
M enapai bukan sekadar teknik dapur, tetapi satu cara bijak untuk mengurus kehidupan seharian. Dengan stok makanan hasil tangan sendiri, anda dapat merancang menu lebih awal, mengurangkan pembaziran, dan memastikan setiap hidangan dibuat dengan proses yang bersih serta selamat.
Apa yang anda dapat melalui Menapai?
- Kurangkan kos harian – hasil tapaian sendiri membantu kawal belanja dapur.
- Keluarga lebih terjaga – anak-anak membesar dengan makanan homemade yang anda sendiri pilih dan kawal.
- Praktikal & mudah – hanya perlukan bahan asas, mikroorganisma baik akan bekerja secara semula jadi.
- Peluang pendapatan – produk tapaian homemade boleh jadi sumber jualan kecil.
- Rutin dapur lebih ringan – sekali buat, boleh tahan lama tanpa perlu masak berulang kali.
Kenali
Cikgu Iskandar
Nama Cikgu Iskandar sentiasa disebut oleh mereka yang mahu kuasai skil menapai dengan cara yang selamat. Beliau ialah guru berpengalaman yang telah membimbing ribuan peserta. Daripada suri rumah, pekerja profesional yang sibuk, hinggalah komuniti kecil yang mahu hasilkan produk homemade sendiri.
”
Cikgu Iskandar dikenali sebagai guru menapai yang gaya mengajar mudah difahami, praktikal.
Ribuan peserta dari seluruh Malaysia telah mengikuti kelas beliau, sama ada melalui sesi live, rakaman, ebook, atau Whatsapp Support Group yang masih aktif hingga kini.
Ramai peserta menjadikan menapai sebagai solusi untuk berjimat kos, mengurus masa dapur dengan lebih teratur, dan membuka peluang bernilai tambah melalui makanan yang dihasilkan sendiri. Dengan pengalaman yang banyak, Cikgu Iskandar terus menjadi rujukan utama bagi sesiapa yang mahu belajar menapai secara praktikal dan terkawal.

Dengan pengalaman lebih 40 tahun, Cikgu Iskandar ialah guru menapai yang komited memastikan setiap peserta bukan sahaja belajar teknik, tetapi benar-benar memahami cara mengawal proses fermentasi dengan selamat. Beliau menekankan kepentingan kebersihan dan langkah kawalan supaya hasil menapai sesuai dimakan, tahan lama, dan tidak berisiko tercemar.
Bagaimana Mahu Menapai di Rumah?
Semua orang boleh bermula dengan menapai menggunakan peralatan asas yang memang ada di dapur. Tak perlu beli mesin mahal atau setup besar. Cukup dengan bekas kaca atau balang yang boleh digunakan semula.
Menapai sebenarnya sangat mudah dan kosnya rendah.
Balang kaca bukan sahaja murah, malah boleh digunakan berkali-kali untuk pelbagai jenis tapaian. Inilah cara paling praktikal untuk hasilkan makanan tahan lama, dan penuh khasiat dari rumah sendiri.
Manfaat Makanan Tapaian Dalam Kehidupan Seharian
- Pelbagaikan menu keluarga – boleh ikut citarasa anak-anak atau guna hasil musim yang lebih murah.
- Anak-anak mudah capai makanan homemade – bila lapar, mereka boleh ambil sendiri tanpa tunggu beli di pasaraya.
- Pelajar di asrama – bekalan kimchi atau kombucha dari rumah jadi pengikat rasa kasih ibu walau berjauhan.
- Ibu bapa bekerja jauh atau travel – stok tapaian homemade boleh jadi bekalan praktikal yang ringkas dan tahan lama.
- Warga emas dalam keluarga – lebih mudah dijaga bila ada makanan homemade yang terkawal tanpa bahan tambahan.
- Komuniti & pusat tahfiz – sumbangan makanan tapaian membantu pelajar sentiasa ada pilihan makanan yang selamat.
- Hasil kebun berlebihan – boleh ditapai supaya tidak membazir, malah jadi produk bernilai tambah untuk keluarga.
- Nilai parenting – anak-anak boleh dilibatkan dalam proses menapai iaitu belajar sabar, ikut langkah, dan faham tentang kebersihan.
Dengan menapai, kos makan boleh turun dan penjimatan setiap bulan boleh digunakan untuk:
- Hulur kepada ibu bapa
- Sedekah
- Balik kampung setiap bulan
- Beli emas 1 gram
- Masuk kelas Al-Quran
- Bayar bil & yuran sekolah anak
- Simpan untuk umrah
Kenapa Perlu Belajar Ilmu Menapai
Skil menapai bukan sekadar trend moden. Ia sudah diamalkan sejak beratus tahun sebelum adanya teknologi moden. Untuk hasilkan makanan fermentasi yang selamat, asas biologi, kimia, dan sedikit fizik perlu difahami. Penting untuk tahu bagaimana mikroorganisma baik bekerja, serta bagaimana mengawal proses supaya tidak berlaku pencemaran atau keracunan makanan.
Ilmu ini jika hanya diikuti secara separuh-separuh dari sumber tidak lengkap memang berisiko. Dengan panduan yang betul, Insyaa Allah, menapai boleh diamalkan secara praktikal, terkawal, dan sesuai untuk keluarga.
Manfaat Kesihatan Untuk Setiap Produk Tapaian
- Sokong kesihatan usus – mengandungi probiotik hasil fermentasi yang bantu keseimbangan bakteria baik.
- Kaya antioksidan – membantu melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.
- Potensi kurangkan keradangan – polyphenols dalam teh boleh menyokong diet anti-radang secara semula jadi.
- Sumber protein lengkap – tempe mengandungi semua asid amino penting, jadi ia alternatif baik kepada daging.
- Kaya serat & probiotik – proses menapai menjadikan tempe lebih mudah dihadam dan menyokong kesihatan usus.
- Banyak mineral penting – seperti zat besi, kalsium, magnesium, dan vitamin B.
- Sokong kesihatan usus – bakteria baik (lactic acid bacteria) hasil fermentasi boleh membantu keseimbangan mikrobiota usus.
- Kaya nutrien & antioksidan – proses menapai boleh meningkatkan bioavailabiliti vitamin C, likopen, dan antioksidan dalam tomato.
- Pencernaan lebih mudah – asid laktik yang terhasil menjadikan tomato lebih mudah dihadam berbanding tomato segar biasa.
- Sumber probiotik – yogurt mengandungi bakteria baik (contohnya Lactobacillus) yang boleh membantu keseimbangan mikrobiota usus dan menyokong sistem pencernaan.
- Kaya kalsium & protein – penting untuk kesihatan tulang, gigi, dan juga membantu rasa kenyang lebih lama.
- Sokongan sistem imun – gabungan probiotik, vitamin B, dan mineral dalam yogurt boleh membantu tubuh lebih bersedia melawan jangkitan.
Cuka Epal
- Sokong kesihatan usus – mengandungi probiotik hasil fermentasi yang bantu keseimbangan bakteria baik.
- Kaya antioksidan – membantu melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.
- Potensi kurangkan keradangan – polyphenols dalam teh boleh menyokong diet anti-radang secara semula jadi.
- Sumber probiotik semula jadi – proses fermentasi menghasilkan bakteria baik yang boleh menyokong kesihatan usus.
- Kaya protein & mineral – pekasam masih mengekalkan khasiat protein daripada ikan/daging, ditambah dengan mineral daripada bahan perapan.
- Pencernaan lebih mudah – fermentasi membantu memecahkan sebahagian protein dan karbohidrat, menjadikan ia lebih mudah dihadam.
- Sumber probiotik – hasil fermentasi sayur (biasanya kobis) menghasilkan bakteria baik yang boleh menyokong kesihatan usus dan sistem pencernaan.
- Kaya vitamin & antioksidan – kimchi mengandungi vitamin A, C, K serta sebatian antioksidan yang membantu melindungi sel badan.
- Potensi sokongan imun – gabungan probiotik dan nutrien dalam kimchi boleh membantu tubuh lebih bersedia melawan jangkitan.
- Sumber probiotik semula jadi – hasil fermentasi beras atau ubi menghasilkan bakteria baik yang boleh menyokong kesihatan usus.
- Mudah dihadam – proses menapai memecahkan karbohidrat kompleks kepada gula ringkas, menjadikan ia lebih mudah dihadam oleh tubuh.
- Kaya vitamin B & mineral – tapai mengandungi vitamin B hasil fermentasi, bersama mineral penting yang menyokong tenaga dan metabolisme.
Dua Fasa Menapai

1. Sediakan bahan makan – Persediaan
Gunakan sumber asas yang mudah didapati di dapur atau kebun.
2. Proses menapai – Pantau Proses
Biarkan mikroorganisma baik bekerja dalam keadaan terkawal.
”
Asas Menapai Ada 3 Langkah
- Belajar menapai dengan kaedah selamat bersama guru berpengalaman. Penting supaya proses fermentasi terkawal, hasilnya selamat dimakan dan penuh khasiat.
- Sediakan bahan makanan. Boleh guna sayur segar, buah, bijirin, atau apa sahaja sumber makanan.
- Proses menapai. Masukkan bahan ke dalam balang kaca, tambah garam atau kultur starter, tutup rapat, dan biarkan bakteria baik bekerja. Labelkan nama & tarikh supaya mudah dipantau.

”
Menapai Online Bersama Cikgu Iskandar
Kelas 100% secara online.
Kelas live secara Google Meet dan Youtube
Banyak penjimatan wang & masa bila menapai.
Modul 1 → Pengenalan Menapai, Bekas & Contoh Makanan Tapaian
Modul 2 → Asas Sains Fermentasi & Keselamatan
Modul 3 → Fermentasi Sayur (LAB Dominan)
Modul 4 → Fermentasi Minuman & Cecair
Modul 5 → Fermentasi Tradisional & Protein
Modul 6 → Menapai Sebagai Skill Survival & Aplikasi Harian
2) Perkakas yg digunakan ialah balang kaca saja.
3) Yang mengajar 100% Cikgu Iskandar. Berpengalaman sejak 1982. Ada ribuan pelajar yg telah dilatih.
Saya Husna Haron, alumni yg uruskan pendaftaran utk mudahkan cikgu iskandar.
4) Yuran RM200 sahaja.
Testimoni dari peserta yang sudah mula menapai
Ini lah yang berlaku dalam support group selepas peserta tonton video live /rakaman dan baca ebook Membalang. Mereka buat, kongsikan progress, bertanya soalan dan saling belajar bersama peserta
FormulaMasa & Puan Husna Haron adalah admin promoter untuk kelas menapai Cikgu Iskandar. Silibus, pembelajaran & pengajaran, support group 100% diuruskan oleh Cikgu Iskandar.
Pilih salah satu hadiah ini bila daftar dalam masa 24 jam. Video Premium Elearning yang setiap satu bernilai RM50.



Daftar Kelas Menapai Sekarang
Kelas Menapai Online
- Live di Google Meet dan Youtube
- Video Rakaman disediakan (teori & praktikal)
- Pelbagai resepi diberikan
- Tips keselamatan diutamakan
- Support Whatsapp Group
Soalan Lazim (FAQ) Kelas Menapai
- Kelas ini untuk siapa? Kelas ini sesuai untuk:
- Orang yang nak belajar hasilkan makanan homemade melalui proses fermentasi terkawal
- Yang baru nak mula (zero pun boleh)
- Yang dah cuba tapi selalu gagal
- Saya tak pernah buat langsung, boleh join? Boleh sangat. Dalam kelas ni kita mula dari asas → langkah demi langkah → sampai jadi.
- Kena ada peralatan mahal ke? Tak semestinya. Saya akan tunjuk apa yang wajib, apa yang optional, dan cara mula dengan bajet rendah.
- Kelas ini online ke fizikal? Online sepenuhnya melalui Google Meet / YouTube Live. Boleh join dari rumah.
- Kalau tak sempat join live macam mana? Semua sesi ada rakaman. Boleh tengok ikut masa sendiri.
- Boleh tanya soalan ke? Boleh. Ada grup khas & boleh tanya bila-bila masa.
- Apa beza setiap modul?
- Modul 1 → Pengenalan Menapai, Bekas & Contoh Makanan Tapaian
- Modul 2 → Asas Sains Fermentasi & Keselamatan
- Modul 3 → Fermentasi Sayur (LAB Dominan)
- Modul 4 → Fermentasi Minuman & Cecair
- Modul 5 → Fermentasi Tradisional & Protein
- Modul 6 → Menapai Sebagai Skill Survival & Aplikasi Harian
- Betul ke makanan hasil menapai lebih tahan lama? Ya, selagi proses dibuat dengan betul dan kebersihan dijaga, makanan boleh tahan lebih lama tanpa bahan pengawet tambahan.
- Ada risiko tak kalau buat sendiri? Kalau ikut teknik yang betul → selamat. Kalau main agak-agak → boleh jadi bahaya.
- Berapa lama akses kelas? Kelas tidak ditutup. Anda boleh belajar ikut pace sendiri dan ulang tengok rakaman bila-bila masa.
- Jadual kelas macam mana?
- Rujuk admin utk tarikh seterusnya
- Jam: 10 malam
- Durasi setiap modul: 1–2 jam
- Berapa yuran kelas? RM200 sahaja.
- Cara bayar macam mana?
- Scan QR code yang diberikan, atau
- Transfer ke akaun yang disediakan, atau
- FPX di website (sekiranya nak guna credit card). Selepas bayar, hantar bukti bayaran untuk dimasukkan ke dalam grup kelas.
Untuk Sebarang Pertanyaan & Soalan


















