Membalang
Bersama Cikgu Iskandar
Apakah kos makan sekeluarga anda mampu tampung kenaikan harga sekarang?
Berapa kos makan sebulan untuk sekeluarga?
Bila perang tercetus, harga minyak naik, kos pengangkutan meningkat, harga barang pun ikut naik. Membalang jadi strategi bertahan.
Dengan membalang, anda boleh jimat sehingga 2/3 kos makan. Kalau sebelum ni sarapan, lunch, dinner semua beli, lepas ni weekend masak sekali untuk seminggu, balangkan semua. Tak perlu peti sejuk. Bila nak guna, buka balang.
Masak. Balang. Label. Semudah itu.
Tapi ingat, strategi hidup bukan sekadar makanan. Pastikan masa untuk solat, faham Al-Quran, dan infaq tetap dijaga. Itulah formula sebenar untuk tenang dan waras berfikir.

Selamat Datang!
Anda mempunyai misi untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian keluarga?
Adakah banyak beli luar, tak sempat masak, atau kadang-kadang rasa malas?
Membalang makanan boleh bantu jimatkan kos makan dengan ketara. Saya sendiri pernah alami penjimatan sehingga 80%. Bila rajin, membalang juga boleh jadi peluang tambah pendapatan. Dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, membalang adalah solusi praktikal untuk kita semua.
Kita akan belajar bersama Cikgu Iskandar, yang telah mengamalkan membalang sejak tahun 1982 dan berpengalaman mengajar ribuan pelajar.
Makanan dalam balang atau tin tidak memerlukan bahan pengawet tambahan. Ia diawet secara fizikal melalui proses haba dan pengedapan kedap udara.
Semasa proses membalang, makanan dipanaskan pada suhu tinggi untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria, yis dan kulat. Pada masa yang sama, udara dalam bekas dikeluarkan dan ditutup rapat (vakum), menjadikan tiada oksigen untuk menyokong pertumbuhan kuman.
Gabungan suhu tinggi dan keadaan tanpa oksigen ini menghalang pembiakan mikroorganisma serta melambatkan tindak balas enzim yang menyebabkan makanan cepat rosak.udara dalam bekas dikeluarkan dan ditutup rapat (vakum), menjadikan tiada oksigen untuk menyokong pertumbuhan kuman.
Hasilnya, makanan boleh tahan lama tanpa perlu ditambah bahan pengawet kimia.

Anda seorang yang mahu kuasai skil membalang untuk jimat masa, kos dan tenaga?
Mari kita belajar skil membalang secara praktikal. Step by step, anda akan nampak bagaimana kos makan boleh turun, masa dapur lebih teratur, dan keluarga tetap menikmati makanan homemade yang selamat
Bagaimana Membalang Boleh Membantu Anda?

”
Membalang ialah satu skil dapur yang mudah tetapi memberi kesan besar kepada kehidupan seharian.
Dengan membalang, makanan dimasak dan disimpan dalam balang kaca, kemudian direbus untuk membunuh bakteria dan mengeluarkan oksigen.
Hasilnya, makanan tahan lama tanpa peti sejuk.
Kenapa Perlu Membalang?
A pabila tiba persoalan tentang kos makan sekeluarga, jawapannya pelbagai. Namun ada 3 sebab utama yang sering disebut oleh keluarga di bandar besar, berdasarkan pengalaman bersama peserta kelas membalang:
- Kerana kesibukan dan tak cukup masa. Ramai rasa membalang perlukan masa panjang, sedangkan dengan teknik betul, ia boleh dilakukan secara ringkas dan praktikal.
- Kerana kewangan yang tidak cukup. Kos makan harian semakin meningkat, dan ramai terpaksa tambah pendapatan untuk tampung belanja dapur. Membalang jadi strategi yang menjimatkan.
- Kerana tidak sempat untuk upgrade skil dapur. Ramai tidak sedar membalang adalah ilmu asas yang mudah dipelajari, dan bila diamalkan ia menjimatkan wang, masa, serta memberi ketenangan kerana makanan keluarga sentiasa ada.
Ayuh kita berkenalan dengan tenaga pengajar program membalang yang akan membimbing anda step by step dengan cara yang selamat dan praktikal.
Kenali
Cikgu Iskandar
Nama Cikgu Iskandar sentiasa disebut oleh mereka yang mahu kuasai skil membalang dengan cara yang selamat. Beliau ialah guru membalang yang berpengalaman, dan telah membimbing ribuan peserta iaitu daripada suri rumah, ibu bapa bekerja, hinggalah peniaga makanan yang menjadikan membalang sebagai solusi jimat kos, urus masa dapur, dan menambah pendapatan.
”
Cikgu Iskandar dikenali sebagai guru membalang yang gaya mengajar mudah difahami, praktikal.
Ribuan peserta dari seluruh Malaysia telah mengikuti kelas beliau, sama ada melalui sesi live, rakaman, ebook, atau Whatsapp Support Group yang masih aktif hingga kini.
Sepanjang perjalanan, Cikgu Iskandar telah melihat pelbagai perkongsian resepi dapur keluarga dan cara hidup. Dari asas periuk dan balang kaca, beliau meneliti, menguji, dan menyusun modul agar sesuai untuk semua peringkat, dari suri rumah, ibu bapa bekerja hinggalah untuk menambah pendapatan.

Dengan pengalaman lebih 40 tahun, Cikgu Iskandar ialah guru membalang yang komited memastikan setiap peserta bukan sahaja belajar teknik, tetapi benar-benar menguasai skil ini untuk kehidupan seharian.
Bagaimana mahu membalang di rumah?
Semua orang akan bermula dengan membalang menggunakan periuk biasa sahaja. Itu yang semua orang ada di rumah.
Sangat mudah dan murah. Membalang tak sama dengan retort yang perlukan modal besar.
Botol kaca pun murah dan boleh guna berkali-kali.
Fungsi Makanan Balang Dalam Kehidupan Harian
- Anak di rumah boleh ambil balang nasi & lauk bila lapar.
- Anak di asrama tetap dapat rasa masakan ibu.
- Saudara yang travel lama boleh bawa stok makanan balang.
- Parents tua lebih mudah dijaga dengan stok makanan siap.
- Asrama/tahfiz boleh manfaatkan sumbangan makanan dengan membalang.
- Hasil pertanian berlebihan boleh dibalang untuk tahan lama.
Dengan membalang, kos makan boleh turun dan penjimatan setiap bulan boleh digunakan untuk:
- Hulur kepada ibu bapa
- Sedekah
- Balik kampung setiap bulan
- Beli emas 1 gram
- Masuk kelas Al-Quran
- Bayar bil & yuran sekolah anak
- Simpan untuk umrah
Kenapa Perlu Belajar Ilmu Membalang
Skil membalang bukan teknologi baru. Ia wujud sejak sebelum elektrik. Tapi tetap perlukan ilmu keselamatan iaitu faham biologi, kimia dan fizik asas. Perlu tahu strain bakteria yang mesti dimatikan untuk elak keracunan makanan.
Ilmu ini kalau belajar di YouTube atau sumber tak lengkap, memang bahaya. Tapi bila diajar dengan betul, in shaa Allah selamat untuk keluarga.
Dua Fasa Membalang
- Masak makanan – boleh guna apa saja alatan: dapur gas, periuk, thermomix, kayu api, atau beli makanan siap.
- Membalang – masukkan makanan dalam balang kaca, rebus/stim untuk keluarkan oksigen, tutup rapat, label. Hasilnya: makanan tahan lama tanpa pengawet, selamat dimakan, dan tak perlu peti sejuk.
”
Asas Membalang Ada 3 Langkah
- Belajar membalang dengan kaedah selamat bersama guru berpengalaman.
- Masak makanan (masakan sendiri, beli, kenduri, jiran bagi dll).
- Masukkan makanan dalam balang kaca, rebus, label nama & tarikh.

”
Membalang Online Bersama Cikgu Iskandar
Kelas 100% secara online.
Kelas live secara Google Meet dan Youtube
Banyak penjimatan wang & masa bila membalang
Modul 1 → Asas & persediaan
Modul 2 → Sayur & makanan berasid (rebus)
Modul 3 → Buah & makanan manis (stim)
Modul 4 → Protein (pressure canning)
Modul 5 → Strategi & Plan & Menikmati makanan balang
2) Perkakas yg digunakan ialah periuk, balang kaca & dapur gas saja.
Sekiranya ada gadget lain, boleh guna juga tapi tak wajib. Contoh thermomix, periuk tekanan, pengukus dll
3) Yang mengajar 100% Cikgu Iskandar. Berpengalaman sejak 1982. Ada ribuan pelajar yg telah dilatih.
Saya Husna Haron, alumni yg uruskan pendaftaran utk mudahkan cikgu iskandar.
4) Yuran RM300 sahaja.
”
Daftar dan dapat ebook secara percuma. Ya benar!

Ebook sebanyak 300 mukasurat ini diberikan secara percuma kepada yang mendaftar.
Ini lah yang berlaku dalam support group selepas peserta tonton video live /rakaman dan baca ebook Membalang. Mereka buat, kongsikan progress, bertanya soalan dan saling belajar bersama peserta
Ini ialah transformasi alumni yg sertai kelas membalang setelah beberapa tahun
Terima kasih kepada semua penyertaan. Sebahagian dana digunakan untuk tajaan
FormulaMasa & Puan Husna Haron adalah admin promoter untuk kelas membalang Cikgu Iskandar. Silibus, pembelajaran & pengajaran, support group 100% diuruskan oleh Cikgu Iskandar.
Pilih salah satu hadiah ini bila daftar dalam masa 24 jam. Video Premium Elearning yang setiap satu bernilai RM50.



Soalan Lazim (FAQ) Kelas Membalang
- Kelas ini untuk siapa? Kelas ini sesuai untuk:
- Orang yang nak belajar simpan makanan tahan lama
- Yang baru nak mula (zero pun boleh)
- Yang dah cuba tapi selalu gagal
- Saya tak pernah buat langsung, boleh join? Boleh sangat. Dalam kelas ni kita mula dari asas → step by step → sampai jadi.
- Kena ada peralatan mahal ke? Tak semestinya. Saya akan tunjuk apa yang wajib, apa yang optional, dan cara mula dengan bajet rendah.
- Kelas ini online ke fizikal? Online sepenuhnya melalui Google Meet / YouTube Live. Boleh join dari rumah.
- Kalau tak sempat join live macam mana? Semua sesi ada rakaman. Boleh tengok ikut masa sendiri.
- Boleh tanya soalan ke? Boleh. Ada group khas & boleh tanya bila-bila masa.
- Apa beza setiap modul?
- Modul 1 → Asas & persediaan
- Modul 2 → Sayur & makanan berasid (rebus)
- Modul 3 → Buah & makanan manis (stim)
- Modul 4 → Protein (pressure canning)
- Modul 5 → Strategi, Plan & Menikmati makanan balang
- Betul ke makanan balang tak perlu peti sejuk? Betul. Selagi belum dibuka dan proses dibuat dengan betul, makanan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Ia tahan lama dan selamat dimakan.
- Ada risiko tak kalau buat sendiri? Kalau ikut teknik yang betul → selamat. Kalau main agak-agak → boleh jadi bahaya.
- Berapa lama akses kelas? Kelas tidak ditutup. Anda boleh belajar ikut pace sendiri dan ulang tengok rakaman bila-bila masa.
- Jadual kelas macam mana?
- Batch Julai 2026:
- 8 Julai 2026 (Rabu) → Modul 1
- 15 Julai 2026 (Rabu) → Modul 2
- 22 Julai 2026 (Rabu) → Modul 3
- 29 Julai 2026 (Rabu) → Modul 4
- 5 Ogos 2026 (Rabu) → Modul 5
- Batch Ogos rujuk admin utk tarikh seterusnya
- Jam: 10 malam Durasi setiap modul: 1–2 jam
- Berapa yuran kelas? RM300 sahaja.
- Cara bayar macam mana?
- Scan QR code yang diberikan, atau
- Transfer ke akaun yang disediakan, atau
- FPX di website (sekiranya nak guna credit card).
- Selepas bayar, hantar bukti bayaran untuk dimasukkan ke dalam group kelas.
- Kalau saya ada Thermomix, boleh guna? Boleh. Malah ada sub-group khas untuk geng Thermomix supaya lebih mudah berkongsi tips dan pengalaman.
Untuk Sebarang Pertanyaan & Soalan



























