Skip to main content

Tentang

Formula Masa

Asalnya saya adalah seorang pensyarah Perakaunan ditanya oleh sahabat. “Husna, macam mana awak urus masa?

 Setiap hari awak masak hidang sarapan untuk kami. Kelas awak paling banyak. Semua pelajar suka dan semua pelajar nak awak ajar semua subjek. Awak ada syarikat. Setiap minggu pergi melancong. Ajar anak alquran. Eh, macam mana awak urus masa?”

60000

Telah sertai seminar, elearning dan
personal coaching

Liputan Media

Setiap orang yang bertanya, saya berikan ebook itu. Termasuklah guru Quranic Parenting saya iaitu Puan Lina Karim.

Beliau baca dan cadang untuk jualkan. Dan tanpa saya sangka, dalam masa 1 bulan lebih 1000 orang yang beli ebook itu. 

Masya-Allah Tabarakallah saya sungguh tak sangka. Apakah yang ada terkandung dalam ebook itu? 90% kandungannya adalah tentang sistem hidup yang tersusun. Dan ia hanya boleh berjaya dengan izin Allah sekiranya seseorang itu banyak membaca alquran. 

Dari ebook itu, saya dijemput untuk berseminar. Dan dari satu seminar ia merebak ke 10 seminar yang lain. Berlarutan hingga 10 tahun. Dari 1 module, menjadi 120 module. Yang berkitar tentang Quranic Lifestyle. Syarikat yg terbina kerana permintaan pelanggan. Dan diuruskan oleh para Alumni.

Sehingga tahun 2023, saya jatuh sakit kerana 3 slip disc. Sebabkan hanya mampu untuk meniarap. Ketika itu, berat untuk menerima taqdeer. Akhirnya syarikat terpaksa ditutup.

2024 FormulaMasa.com kembali diteruskan setelah saya sihat sepenuhnya dan mampu untuk berlari. Alhamdulillah.

Klien

Visi

Misi

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke FormulaMasa.com
Biar saya bantu anda mencari servis yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami