Skip to main content

Polisi Pembatalan & Pemulangan

Pembatalan Sebelum Penghantaran

Sekiranya anda membatalkan pesanan sebelum ia dihantar dari gudang kami, anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan. Permohonan pembatalan perlu dihantar melalui e-mel ke hello@formulamasa.com.

Sebaik sahaja permohonan pembatalan diterima, bayaran balik penuh akan diproses. Kami menyarankan agar permohonan pembatalan dibuat dalam tempoh 12 jam selepas pesanan dihantar bagi memastikan pembatalan sebelum penghantaran dilakukan.


Polisi Pemulangan

Berikut adalah syarat untuk permohonan pemulangan selepas penghantaran atau penerimaan barang:

  1. Barang yang dijual tidak boleh dipulangkan kecuali bagi kes berikut:

    • Penghantaran Gagal (Failed Delivery)
    • Penghantaran Salah (Wrong Delivery)
    • Barang Rosak Semasa Penghantaran
  2. Hanya barangan yang dibeli secara langsung dari kedai dalam talian Formula Masa (hello@formulamasa.com) layak untuk pemulangan.

  3. Barangan yang dibeli melalui peruncit lain tidak layak di bawah polisi ini dan perlu merujuk kepada polisi pemulangan peruncit masing-masing.

Kriteria Barang Layak Dipulangkan
  • Barang Salah: Produk yang diterima tidak sama dengan pesanan, saiz atau warna yang berbeza daripada yang dinyatakan dalam ringkasan pesanan, atau terdapat item yang hilang dalam bungkusan.
  • Barang Rosak: Produk rosak semasa penghantaran, telah diubahsuai atau terdapat tanda-tanda pembaikan semula.
Syarat Pemulangan
  • Barang mesti dipulangkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas diterima (berdasarkan resit penghantaran).
  • Pelanggan perlu menyediakan bukti pembelian (nombor invois dan resit).
  • Produk mesti dalam keadaan baru, tidak digunakan, dalam pembungkusan asal serta termasuk sebarang hadiah percuma yang diterima bersamanya.
  • Barang mesti dihantar dalam kotak asal atau bungkusan yang sesuai untuk mengelakkan kerosakan semasa penghantaran balik.
  • Sebarang perubahan atau pembatalan pesanan selepas pembayaran tidak dibenarkan.
  • Pembatalan disebabkan oleh perubahan fikiran tidak akan diterima.
  • Kami berhak untuk menolak sebarang pemulangan atau bayaran balik yang tidak memenuhi syarat polisi ini.

Polisi Bayaran Balik

Bayaran balik penuh akan diproses setelah kami menerima dan memeriksa barang yang dipulangkan di pusat pemulangan kami. Jika barangan memenuhi syarat polisi pemulangan, bayaran balik penuh akan dilakukan mengikut kaedah pembayaran asal:

  • Pemindahan Bank Dalam Talian: Bayaran balik akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
  • Kad Kredit: Bayaran balik akan dikreditkan semula ke akaun bank yang mengeluarkan kad kredit anda.

Untuk pemegang kad kredit, sila hubungi pihak bank anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tempoh pemprosesan bayaran balik.

Kami berhak untuk mengubah suai polisi ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis awal kepada pelanggan.

E-mel: hello@formulamasa.com
Telefon: +6017-9077 988
Laman Web: https://www.formulamasa.com/

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke FormulaMasa.com
Biar saya bantu anda mencari servis yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami