Skip to main content

Jom! kita tengok sama- sama. Ambil point penting dan terus amalkan dalam kehidupan kita.

kalau ada hati nak download video ni, boleh pergi ke YouTube Ustazah Asni Mansor (sila klik) dan Copy paste kan Embeded code kat situ kat YouTube Downloader  :

RINGKASAN CERAMAH USTAZAH ASNI MANSOR

1-Ramai orang sihat tapi hatinya sakit, jadilah orang yang kedua-duanya sihat badan dan juga sihat hatinya
2-Orang yang bertemu dengan Allah (akhirat)hanya hati yang bersih
3-Kenapa Islam menekankan penyucian jiwa/ hati?- kerana hati dan akal yang membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain & melambangkan kesempurnaan manusia
4-Kita ada hati untuk merasa, kita ada tangan untuk berdoa, kita ada rasa untuk merayu minta tolong pada Allah SWT
5-Kalau jiwa kita kotor rugilah kita sebagai manusia
6-Apa yang datang dari hati akan terpancar di wajah
7-Jagalah hati jangan dikotori, jagalah hati lantera hidup ini
8-Hati kita Allah yang pegang, jadi rayulah pada pemilik hati itu sendiri
9-Jenis-jenis hati; 1-hati yang sakit 2-hati yang sejahtera
10-Jika hati yang sakit tidak dirawat, akan bertambah sakit hatinya- penawarnya; 1-baca quran dan maknanya 2-solat malam 3-berkumpul dengan orang2 soleh 4- banyakkan berpuasa

Husna Haron

Leave a Reply