Skip to main content

Jom! kita tengok sama- sama. Ambil point penting dan terus amalkan dalam kehidupan kita.

kalau ada hati nak download video ni, boleh pergi ke YouTube Dr.Robiah Kulop Hamzah (sila klik) dan Copy paste kan Embeded code kat situ kat YouTube Downloader  :

RINGKASAN CERAMAH DR. ROBIAH KULOP HAMZAH

1-Orang yang bertawakal dia berada dalam keadaan redha, tenang dengan ujian yang dihadapinya setelah dia berusaha/ berdoa
2-Cara untuk bersikap tawakal; mesti rasa kita ni hamba Allah
3-Cukuplah Allah bagi kita dan DIAlah sebaik-baik penolong
4-Sentiasa bersangka baik pada Allah kerana setiap apa yang Allah bagi pasti ada hikmahnya
5-Jangan biarkan diri terperangkap dengan kesedihan kerana ia akan berputar berganti dengan kegembiraan
6-Dengan memahami bahawa tidak ada sesuatu pun yang kekal di dunia ini, semuanya bersifat sementara akan mengajar hati untuk yakin pada-NYA
7-Tawakal ialah penyerahan secara total- usaha/ ikhtiar dijalankan dengan betul
8-Setiap apa yang Allah janjikan itu boleh didapatkan melalui usaha/ ikhtiar hamba-NYA
9-Pasrah ini ialah tawakal yang salah, kerana tiada jalan usaha/ doa sekali hanya sekadar berharap saja- contoh. Dan jangan menyerahkan kehidupan kita kepada manusia selain dari-NYA
10-Orang yang beriman mesti percaya pada qada dan qadar ketentuan Allah yang sudah dipetakan-NYA

Husna Haron

Leave a Reply