Skip to main content

GURU YANG MACAM MANA NGAM DAN SESUAI SEKEPALA DGN ANDA

By October 21, 2018Blog, I - Ilmu, S - Spiritual

GURU YANG MACAM MANA NGAM DAN SESUAI SEKEPALA DGN ANDA
.
Semua guru bagus. Semua guru mahu kan pelajarnya faham. Sedaya mungkin. Pasti pernah jumpa kan Guru yang sanggup buat apa sahaja nak bagi kita faham. Cuba bayangkan guru itu..cara beliau bercakap. Cara beliau bermain dgn intonasi. Siap guna gambar, lukis, diagram, power point, pegang object nak bagi kita faham. Bukan takat tu.. Hingga boleh nampak matanya terbeliak Dan terjojol bila pelajar belum faham. Tapi ditarik nafas dalam, dgn penuh kesabaran utk Re explain cara berbeza 😅😅😅😅. Moga Allah anugerah kan Abundance of Love Dan syurga tertinggi buat semua guru!
.
Apa yg terjadi..pelajar mempunyai karakter Dan pakej penggunaan bahagian otak yg berbeza. Guru juga sama. Di sini lah peranan guru utk detect pelajarnya jenis apa. Visual audio kinesthetic adalah asas. Tapi tak cukup….
.
Secara asas ada 5 jenis cara berfikir.
– Banyak pakai otak berfikir pre frontal cortex kah..
– Banyak pakai otak memory hippocampus Dan amygdala kah..
.
Pembelajaran apa pun.. Pakai temporal lobe.
.
bila kita belajar, pilih guru juga penting. “guru sekepala” akan lebih mudah faham..
.
Tapi kalau kita amalkan alquran (ah Ha!) ia akan aktivate kan semua bahagian otak.
.
Saya cuma nak sampai kan… Hatta nak belajar pasal kefahaman tentang alquran pun ada penyampaian berbeza
.
Ada guru yg selesai duduk Dan berceramah
Ada guru yg suka berjalan dan tunjuk slide
Ada guru yg ada graphic, flowchart, diagram
Ada guru yg suka bertanya apa perasaan anda
Ada guru yg suka bagi praktikal berkumpulan
Ada guru yg explain straight je.. Assume pelajar faham bila tengok pelajar angguk
Ada guru yg suka buat latih tubi buat sampai jadi.. Baru bagi yang seterusnya
.
Different character, different approach, different purpose.
.
Kalau kita bijak.. Flexible kan diri kita supaya boleh cope dengan semua guru.
.
Kalau kita pandai.. Kita cari apa style utk kita, Dan pilih guru yg sekepala
.
Kalau kita me letakkan Allah sebagai Yg Maha Guru.. Datang lah guru apa pun, boleh faham! Sebab Allah yang memahamkan.
.
(Al-Mujaadalah 58:11)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
.
💗💗💗💗💗
Soalannya : by praktis hati tu bergantung kepada guru untuk faham. Atau kepada Allah?
.
Usah jawab.
Lihat struggle tak nak faham.
.
Di situ ada Jawapan kita bergantung kepada siapa… Selalu terkena kat saya hoho! Anda terkena tak?
.
Ewahhhh! Saya tahu anda bijak! Ajari saya ya…

HusnaHaron

Leave a Reply