Dulu kan, waktu first time join seminar puan
Husna Haron tiga tahun lepas, saya tak boleh tangkap apa yang beliau share tentang sistemkan kehidupan agar boleh masuk dunia alQuran dengan tenang.
.
.
Macamana nak masukkan rutin alQuran kalau kerja rumah bertimbun, nak jaga anak, nak bisnes, nak layan suami, nak masak, eh mengemas di dapur, ruang tamu bersepah, kemas ruang tamu, bilik pula berterabur

.
.
Rupanya, bila kita tak ada masa untuk alQuran, beliau kata:
Selamat datang ke dalam kehidupan yang kacau bilau.
Tak baca alQuran?
Selamat datang ke dalam hidup yang sentiasa kelam kabut.
.
.
So, macamana nak masukkan rutin alQuran dalam hidup seharian kalau kerja sedia ada pun tak cukup tangan nak buat.
Itulah antara matlamat
formulamasa.com yang utama, iaitu nak share pengurusan masa berpandukan alQuran, agar kita boleh sistemkan kehidupan supaya lebih seimbang dunia akhirat.
.
.
Sistem?
Apa maksudnya sistemkan rumah, anak-anak, dapur, bisnes.
Analogi mudahnya adalah seperti ini:
Dulu sebelum ada mesin basuh, kita peruntukkan 1-2 jam untuk cuci kain, sidai baju etc.
Bila ada mesin basuh yang siap dengan pengering, kita boleh jimatkan tenaga kita, dan masa 2 jam tadi untuk hal lain.
Contohnya layan anak, baca alQuran, tadabbur alQuran, me time, ajar anak alQuran, atur bisnes atau apa apa saja yang lebih utama mengikut prioriti tanggungjawab kita.
.
.
Tanggungjawab?
Yes. Jadual harian kita diatur mengikut tanggungjawab kita berdasarkan alQuran. Bila saya tahu ini, MashaAllah rasa rugi sangat kenapa tak jumpa puan Husna dari dulu. Alhamdulillah Allah masih izinkan hidup.
.
.
Subahanallah, rupanya antara keistimewaan bila kita ada usaha untuk susunatur kehidupan mengikut Quranic Lifestyle, kita jadi lebih bersedia mati at anytime.

Misinya jauh ke akhirat!
.
.
Nampak tak gambar ni? Dulu saya pernah jadi super tired mom. Nak semua perfect, rumah sentiasa kemas, yes boleh buat sebab suami memang bantu.
Tapi. Jiwa saya letih.
Sehinggalah saya belajar tentang sistemkan kehidupan, alhamdulillah kini lebih tenang dan best sebab boleh bersama AlQuran setiap hari.
Dulu baca alQuran juga, tapi rupanya sekadar baca versi Bahasa Arab tanpa ada usaha nak faham, sungguh jauh bezanya berbanding bila Kita berguru dengan guru alQuran sendiri.
Faham apa maksudnya bila hati selalu cepat sedih. Rezeki tersekat. Itu ini tak kena. Ahhhh banyak lagi konflik kehidupan yang pernah saya lalui dulu.
.
.
Nak cerita tentang sistem sangat best tapi agak mencabar juga kalau tulis kat sini. Jika ada yang berminat nak tahu, boleh pm saya tau

Saya cuba share apa yang boleh.
Rupanya alQuran ada solusi bagaimana untuk hidup dengan tenang, walaupun kita ada banyak urusan perlu dibuat setiap hari.
.
.
Tapi kan, lebih mudah dan sangat berbaloi jika kalian sertai terus program online puan Husna. Online Bootcamp Life Balance. Dalam tu kau akan dapat banyaknya tips untuk sistemkan kehidupan, inshaAllah.
Lepastu boleh hadam berkali kali sebab ada video rakaman yang puan Husna share khas untuk life balance. Siap ada ekstra video lagi

.
.
Ok semoga bermanfaat.
Mumtaz Hidayahtullah Yatau,