Hari tu saya share tentang Dear Me. Ia umpama diari khas perjalanan diri memahami alQuran. Bukan sekadar tahu dan faham, tapi sekali dengan pakej kita kaitkan dengan kehidupan kita.
.
.
Kalau belajar bertahun tahun, tapi tak amalkan, tak audit ilmu alQuran dengan diri sendiri, maka selama itulah ilmu takkan bermakna pada kehidupan.
Contoh, alQuran sebut orang yang bertaqwa, Allah janji hidupnya dipermudahkan. Namun, konteksnya berbeza setiap orang. Antara ciri orang yang bertaqwa itu adalah orang yang mendirikan solat.
Sekarang kita tanya diri kita sendiri. Jika selama bertahun tahun kita solat, tapi tak rasa hidup ini mudah, maka audit semula solat kita, adakah benar cara kita solat, atau sekadar menjadi rutin semata.
.
.
Bagaimana nak audit Tu?
Perlu berguru dengan guru alQuran.
Nampak tak?
Kenapa perlu kita sediakan masa khas untuk alQuran ini.
.
.
Nak berguru pula, bukan asal sempat. Dulu waktu sekolah, nak ambil spm, kita berlajar bersungguh kan. Ada nota. Ulangkaji. Rujuk cikgu. Buat latihan. Hadir kelas tambahan.
Itu untuk dunia, kita bukan main usaha separuh nyawa. Ni, hal akhirat, takkan buat ala kadar kan. Gituuu.
.
.
Ok Kali ni saya nak share pula step yang dulu saya ingat tak penting pun. Step apa tu? Ia antara usaha untuk kita bersedia untuk masuk dunia alQuran. Nak belajar faham alQuran kan? Jadi mestilah ada persediaan
.
.
Antara yang boleh diusahakan adalah workstation alQuran. Ia tidaklah perlu terlalu mewah. Cukup jika ada ruang khas untuk kita belajar dengan selesa.
.
.
Saya share beberapa contoh yang peserta bootcamp booster (dalam support group puan Husna Haron ) dah buat. Kita ada versi self study tanpa support group juga. Kalian jika mahu sertai, boleh pilih mana yang lebih selesa.
.
.
Bila dah ada workstation ni, MashaAllah rupanya feeling dia sangat best. Lebih bersemangat nak study alQuran.
.
.
Ok semoga bermanfaat.
Mumtaz Hidayahtullah Yatau,
Jom upgrade
Ada Pertanyaan?
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Servis kami, sila hubungi Formula Masa.
Kami komited untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada anda.
Hidup Sibuk, Tapi Tenang: Rahsia Bootcamp Life Balance
Alhamdulillah,sebanyak-banyak syukur dan doa dipanjatkan buat Pn Husna Haron dan Akmal. Di sini,saya dipertemukan dgn sahabat maya, akmal, bagaimana untuk menyusun semula kehidupan dengan kefahaman,…
Menemukan Ketenangan dalam Quranic Circle: Perjalanan Saya
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dgn izinMu diri ini diberi peluang oleh insan yg bergelar suami juga sahabat dunia akhirat Zaini Kosnin utk mengikuti…
Dulu kan, waktu first time join seminar puan Husna Haron tiga tahun lepas, saya tak boleh tangkap apa yang beliau share tentang sistemkan kehidupan agar…
Hello 👋 Selamat datang ke FormulaMasa.com Biar saya bantu anda mencari servis yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami