Skip to main content

Menemukan Ketenangan dalam Quranic Circle: Perjalanan Saya

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana
dgn izinMu diri ini diberi peluang oleh insan yg bergelar suami juga
sahabat dunia akhirat Zaini Kosnin utk mengikuti program yang sangat2 bermanfaat di bawah
formulamasa.com, bootcamp support group 💜
Bila join program ni, baru lah banyak persoalan sebelum ni yang terungkai.
Macam mana ya nak rasa tenang, serabut la kepala byk benda nak fikir?
Macam mana nak urus semua benda ni?
Macam mana nak kurangkan rasa stress?
Ramai yang ada masalah time management, begitu juga saya.
MasyaAllah, rupanya dlm Al-Quran ada gariskan untuk wujudkan life balance dalam kita susun jadual harian kita.
Saya masih lagi dlm proses menyusun jadual harian yg fleksibel.
Lagi satu, perkara yg best ttg program ni adalah persediaan kita menghadapi Ramadan Kareem lagi beberapa hari ni.
Macam2 ilmu yang saya belajar bagaimana nak short cut kan perkara2 yg boleh supaya kita ada masa berlamaan dgn Al-Quran nanti.
Banyak transformasi yang berlaku sepanjang program yang berlangsung beberapa bulan ini, biiznillah.
Alhamdulillah, saya dpt rasa emosi lebih tenang & stabil.
Yang bestnya lagi, saya dah ada workstation utk membaca & tadabbur Al-Quran.
Sebelum ni, mengaji je la tanpa faham maksudnya.
Rupanya kita kena BACA, FAHAM, AMAL, HAFAL & SEBARKAN AL-QURAN 😊
Terasa dijentik hati ni bila Puan Husna Haron berkata kalau nak exam, kita bersungguh2 study, sebab nak dapat hasil cemerlang, tapi exam yg sebenar nanti takkan tak ada apa2 persiapan 😭😭😭
Jadi kita kena sediakan waktu khas belajar Al-Quran, tadabbur & refleks diri kita.
Yang super penting dalam program ni adalah bagaimana cara untuk cuci hati (tazkiyatun nafs) supaya kita dpt mencari diri kita dalam Al-Quran &
juga dapat masuk dalam dunia Al-Quran 💜
Syukur sgt2 berada dalam Quranic circle ni. Memang mencari2 selama ni.
Puan Husna Haron & semua leader dalam support group sgt2 membantu.
Saya yakin saya masih memerlukan bootcamp ni walaupun silibus modul dah habis, sedar tak sedar dah hampir 3 bulan dah program ni berlangsung, tapi banyak yg belum habis hadam.
Banyak yang saya nak tahu & nak belajar lagi.
Ada juga bab Quranic Parenting, yg ni super best. Mudah2an saya dapat apply ini In Syaa Allah.
Terima kasih byk2 Puan Husna Haron & Geng Pipit 💕💕💕
#bootcampramadhan
#mudahkanwanitasibuk
#bootcampbooster

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Hello 👋
Selamat datang ke FormulaMasa.com
Biar saya bantu anda mencari servis yang sesuai untuk keperluan anda. Sila klik 'Open Chat' di bawah untuk berkongsi keperluan anda dengan kami