Perkongsian oleh: Raihan Hamzah
Another point yang ummirai dapat waktu ke kelas auditlife puan Husna Haron baru-baru ni adalah sistemkan smart phone sendiri.
Class yang lalu, ummirai dapat: Cara perkenalkan Allah kepada anak-anak. Alhamdulillah memang setiap kali kelas formula masa, diajar berkaitan cara jimatkan masa untuk kita berlama-lamaan dengan Al-quran, didik anak perkenalkan Allah, dan paling utama ada masa melayani suami (ini masih try & error)
[Sistemkan smart phone anda]
Perlu ke? Bagi ummirai sangat perlu, sebab ummirai work from home dan biz 100% guna smartphone. Selalunya banyak masa terrrbuang kerana melayan perkara yang tidak perlu di handphone.
Jadi, lepas balik kelas auditlife baru ni, ummirai buat checklist priority semula. Adakah benda ni buatkan aku:

Semakin kembali pada Allah?

Dapat infaq untuk bantu orang lain?

Dapat ilmu yang boleh diamalkan?

Dapat tingkatkan tahap kewangan?

Dapat didik anak perkenalkan mereka pada Allah?
Kalau memenuhi salah satu, insyaAllah akan diteruskan. Kalau tak ada dalam checklist priority diatas, ummirai tinggalkan.

Left semua group wassap yang tidak berkait dengan checklist priority diatas.
Sayang nak left group kawan2, banyak sembang2. Tapi ummirai yakin, kalau ada perkara penting, mesti mereka akan contact kita. Left group bukan bermaksud putuskan silaturrahim. Masih tetap contact tanya khabar, masih jumpa, masih follow di fb.
Cuma, bila selalu sembang dalam group benda-benda tak penting, sebab diri yang lemah kawalan diri, akan buatkan ummirai berlama lamaan dengan smart phone.

Group client garam dan group mentoring semuanya di FB group, bukan wassap group. Kerana pattern group wassap ni, perlu baca banyak2 mesej, byk notification, kadang tak pernah habis. Jadi semuanya di fb group, ada sharing tips, sharing video yang penting, ummirai dah tetapkan waktu berapa lama akan layan group fb utk sharing (buka di laptop, jadi itu dah masuk dlm waktu bekerja)

Tetapkan masa consultation dengan customer dari jam berapa hingga jam berapa. Contoh, ummirai tulis di status wassap: consultation time 9am-3pm. Jadi semua order yang dapat sebelum 3pm akan di pass kan pada part time helper untuk uruskan postage. Mesej customer nak beli barang atau nak consult tentang garam dan segala macam masalah, semuanya range waktu itu. selepas jam 3pm ummirai tak reply. Jika nampak penting baru di reply. Jika tidak, esok sahaja.
Sebab, 3pm waktu anak2 balik dari taska, waktu ni nak kenalkan anak2 tentang Allah, dan malam adalah family time. Masih usaha letakkan suami sebagai priority, no handphone bila depan suami.
Yang ummirai perasaan, bila tidak berlama-lamaan dengan handphone, ummirai akan lebih calm. Kerana handphone ni sangat tinggi radiation dan bila kita pegang je, gelombang otak akan bertukar menjadi betha. Cepat serabut, cepat marah.
Nak lebih tips dan idea untuk auditlife anda terutama yang selalu stress tak cukup masa? Jemput hadir ke seminar auditlife atau full time revamp anjuran formula masa. Ada poster dibawah, boleh register dengan ummirai juga ya. Kita pergi sama-sama insyaAllah.