Skip to main content

ANDA SEDANG ADA KESUSAHAN? BUNTU BAGAIMANA NAK SELESAIKAN?

ANDA SEDANG ADA KESUSAHAN? BUNTU BAGAIMANA NAK SELESAIKAN?
.
Saya sedang membaca Alquran. Tiba tiba di sapa oleh seorang wanita. Beliau membuka niqab. Cantik. Bersama 2 orang anak. Mahu sedekah.
.
Melihat gaya beliau, langsung tidak menunjukkan seorang peminta sedekah. Beliau berkata, beliau baru berkahwin kali ke 3. Suami tidak bertanggungjawab. Beliau pregnant. Tidak bekerja. Tak boleh bekerja. Hari hari hanya minta duit dari jemaah untuk hidup.
.
Saya mahu memberi duit. Namun, saya belum keluarkan duit dari bank. Di korek korek dalam bag. Oh ada 7 riyal. Lantas saya berikan semuanya kepadanya.
.
Pemikiran logik saya berkata
7 riyal terlalu kecil baginya. Ia umpama memberi “ikan” . Boleh sekali makan. Tapi bukan memberi “joran”, yang beliau boleh tangkap sendiri dan makan ikan berkali kali.
.
Saya mahu berikan “joran” itu.
Lantas saya katakan kepada beliau..
.
Husna : walaupun kamu tak bekerja, tetap kena sebarkan kebaikan. Tetap perlu bantu orang lain yang lebih susah.
Dia : bagaimana? Saya tiada wang. Yg ada pun tak cukup.
Husna : (tunjukkan beberapa ayat Alquran) selagi mana apa yang kamu rasa tak cukup, kamu simpan atau pakai sendiri semuanya.. Itulah permulaan kesusahan itu. Banyak ayat Alquran pasal ni.
.
Tetap bantu orang lain kerana mahukan perhatian Allah. U susah.. Orang lain pun ada kesusahan. U mahu di bantu.. Orang lain pun mahu dibantu. U alami kesusahan sementara ini untuk u faham “oh ini rasanya meminta minta. Malu. Segan. Tapi demi anak tetap minta. SUPAYA BILA U SENANG U TAHU APA RASA MEMINTA. Supaya u tetap memberi kebaikan tidak kira susah atau senang. Kerana Allah yang mencipta semuanya.
.
Ni yang saya bagi.. Sebahagian berikan kepada orang lain. Bukan untuk u semuanya. Walaupun tak bekerja…
.
Asbab memberi inilah Allah bantu kita. Berikan peluang yang lain… Berikan bantuan lain. Dapat perhatian Allah. JAGALAH NIAT.MEMBERI KERANA ALLAH. BUKAN MERASUAH ALLAH
.
Dia : MasyaAllah.. Saya tak tahu pun pasal ni. Terima kasih! Tapi bagaimana saya mahu bekerja?
.
Husna : sudah tentu boleh!kerja tak semestinya dengan company, kerajaan. Itu yg u nampak sekarang. Tapi itu batas u. Sebab u bukan warganegara sini. Tapi u ada banyak. Sebarkan yang banyak tu
.
Dia : sebarkan yang banyak?
.
Husna : u nampak jemaah dgn anak kecil. Tunjukkan tempat solat yg kids friendly
.
U tahu shortcut untuk ke toilet, tunjukkan
U tahu waktu bila pintu masjid tutup, u cepatkan jemaah yang slow
U tahu bahasa negara u.. U tolong jemaah dari negara u yg tak tahu bahasa arab.
.
Dia : so duit macam mana nak dapat?
.
Husna : itu tugas Allah. Dalam proses tolong orang.. Dibuka kan lah jalan untuk itu..
..
=============
.
Al-‘Ankabut 29:69

“Dan orang orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan jalan Kami. Dan sesungguhnya, Allah berserta orang orang yang berbuat kebaikan”
.
Kita mungkin tidak cukup baik. Tapi sebarkan apa jua kebaikan yang kita ada membuka pelbagai jalan. Hingga kita meyakini ayat Alquran. Hingga kita tiada pilihan lain lagi hanya mahu sebarkan kebaikan. Kerana ia amat indah.
.
Tak perlu tunggu sempurna utk sebarkan kebaikan.
.
Analyse peserta seminar, saya menemukan 88% kes yang macam ni. Latar belakang dan kesusahan yg berbeza. Solusi dari Alquran amat pelbagai pilihan tindakan. Kita kena Keluar dari normal pemikiran barat atau timur. Bertindak ikut Alquran.kerana ia adalah sistem alam yg Allah ceritakan. Seminar Auditlife Supermommy saya kongsikan secara detail siap dengan kiraan ikut situasi anda.
Ok jomkita!
.
Sama ada sedekah itu benar atau tipu bukan concern saya. Kerana saya belum bersedekah hari ini. Dan ia menjadi sebab utk saya share kan kisah ini. UNTUK ANDA YANG MEMBACA.
.
Apakah 1% yg anda dapat dari post ini? Sudah nampak apa yg harus dilakukan? Taubat dan kembali pada Allah dulu.. Dan sebarkanlah kebaikan yg ada pada diri mu yg sungguh banyak TELAH Allah berikan..
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

HusnaHaron

Leave a Reply