
Alhamdulillah, dengan izinNya, seawal 5pagi hingga 8.30malam saya telah menghadiri seminar Audit Life Supermommy oleh Puan Husna Haron semalam.
Sebenarnya, niat asal saya menyertai seminar ini adalah ingin tahu kaedah mendekati Al Quran tetapi, Masha Allah, Tabarakallah..sungguh banyak kesedaran dan ilmu yang saya dapat disini.
Berapa ramai antara kita yang pandai baca Al Quran, bertahun-tahun membaca Al Quran tapi tiada langsung perasaan, tiada rasa connection pun dengan Allah? 😢
Ada sebab kenapa kita jadi begitu..
Astaghfirullah 😔
Jadi, melalui seminar ini, peserta didedahkan dengan berbagai teknik, antaranya..
♥️Bagaimana untuk Audit & upgrade kualiti solat & bacaan Al Quran
♥️Kaedah ‘cuci hati’ untuk mudahkan hidayah Allah sampai ke hati manusia
♥️Bagaimana adjust masa utk buat side income
♥️Bagaimana adjust kehidupan harian ibu-ibu yang superbusy tapi tetap punya cara & masa untuk didik anak2 untuk mengenal Allah
♥️Bagaimana adjust financial utk lebih bersedekah & settlekan hutang
♥️ Bagaimana membuat persiapan menuju Haji pada usia muda
dan,
Ada banyak lagi pendekatan yang dikongsi oleh Puan Husna pada seminar ini. Semoga Allah bantu kami semua untuk laksanakan semua ‘actions plan & put everything in the system’ yang telah ditugaskan.
Saya sangat galakkan seminar ini kepada sahabat2 yg belum menghadirinya. Sila see first FB puan Husna Haron untuk lebih memahami aura pencinta Al Quran ini. Next seminar Auditlife Supermommy adalah pada 27hb Oktober ni di Bangunan Bank Rakyat, K.Lumpur. InshaAllah ❤️
Jazakumullahu khair Puan Husna & semua organizer. Semoga Allah memberkati segala usaha demi membantu semua peserta mencapai kemanisan hidup bersama Quran. Semoga Allah kurniakan kita redhaNya yang sangat kita impikan.
Aamiin Ya Mujib ❤️.