Skip to main content

10 hari di perantauan.. Bila sampai rumah.. Ada pokok cili dah siap berbuah tumbuh sendiri di tepi pagar. Menyelit di rimbunan daun pandan….
.
Terkadang kita merasakan REZEKI HANYA DAPAT BILA DIUSAHAKAN. Jangan lah menidakkan bahawa Allah boleh memberi rezeki dari sumber yang tak di sangka sangka.
.
Dan saya teramat yakin, pada salah satu formula menjemput rezeki iaitu SEDEKAH. sedekah kerana inginkan cinta Allah. Hinggakan saya selalu berdoa agar Allah INGATKAN SAYA UTK SETIAP HARI SETIAP MASA BERSEDEKAH.
.
Allah hadirkan someone utk collect sedekah dari saya semalam. Permulaan, rasa nak bagi next week sahaja..sebab bajet sedekah banyak digunakan masa ramadan.
.
Namun, cepat cepat saya tukar… “ok! I will transfer the money!” TAK PATUT MELIHAT upaya Allah berdasarkan balance dalam bank! Balance dalam bank itu menyebabkan saya TER UNDERESTIMATE ALLAH. maka, hari ni saya sedekah lebih banyak ….walaupun jauh di sudut hati berkata “eh tu portion utk xxxx! Tak cukup nanti ”
.
Jauh di sudut hati juga saya smash suara kecil itu.. “shut up you! Allah Maha Mencukupkan! Aku bekerja! Aku bersedekah! Tiap tiap hari aku solat, aku dah baca dalam duduk antara 2 sujud “Allah cukupkan lah aku”
.
Lantas saya check… Apa lagi yang belum di zakatkan. Ohhhhh subhanallah! Rupanya ada emas di peti bank yg belum di zakatkan. Lantas saya hubungi that someone.. Saya akan transfer duit. Tapi, haruslah diberikan kepada asnaf. (zakat hanya utk asnaf, penerima sedekah dan hadiah lebih flexible)
.
Bila shopping groceries.. Allana meminta duit untuk sedekah. Cepat cepat saya hulurkan duit. Malahan, ditambah lagi utk ammar sedekahkan juga…
.
Di dalam hati.. Dibulatkan upgrade yakin tentang ayat Alquran ini. At-Talaq 65:3
.
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
.
Dan sungguh pantas… Selang beberapa detik, pihak korporat call untuk jemputan seminar. Versi 4 hari. Hinggakan jemputan utk certain bulan sudah penuh.. Walaupun saya hanyalah mengambil gaji bulanan dari syarikat, saya tahu… Rezeki utama saya bukan dari seminar… Maka, i don’t care! Namun, saya tahu.. Saya boleh upgrade sedekah dari syarikat..
.
Melalui seminar… Saya menemui pelbagai orang. Yang buatkan saya lebih faham Alquran….
.
Dan harus diingatkan… BAHAWA
– dikurniakan rezeki banyak bagus
– disempitkan rezeki juga bagus
.
Sekiranya situasi itu buatkan kita lebih ingat padaNya. Lebih tunduk padaNya di dalam Hati dan diterjemahkan kepada tindakan. Hingga kita realise.. Everything from Allah is GOOD and we feel contented with it. ALHAMDULILLAH..
.
Saya pasti…. Anda sedang/bakal tergolong dalam golongan Special itu. Dan bakal dibangkitkan di padang Mahsyar sebagai golongan yg dekat. Amin!
.
Subhanallah…
Allahuakbar…
.
Until to a point.. U are pampered by the Quran..
❤️❤️❤️❤️❤️
Jomkita! Sama sama hidup dalam Alquran dan bercinta dengan Allah..
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle

Sekiranya post ini bermanfaat.. Ya diizinkan untuk share 😊😊

HusnaHaron

Leave a Reply