Skip to main content

BAGAIMANA AMALKAN ALQURAN?

By October 12, 2018Blog, Kisah Inspirasi

BAGAIMANA AMALKAN ALQURAN?
.
apa yang yang saya kongsikan ini, saya percaya situasinya di alami oleh semua orang. Konteks detail sahaja yg berbeza. Perhatikan keadaan hatinya ya…
..
Anda bayangkan hari yng anda ada kerja banyak. Tapi tak cukup masa. Ada kan??
.
Let’s start…
.
Hari ni saya perlu submit seminar agreement kepada satu jabatan. Sepatutnya dibereskan oleh marketing manager. Tapi, saya rajin nak buatkan. Ermmmm
.
Ada sejam setengah, nak setelkan beberapa perkara. Sebelum office jabatan itu tutup.
.
1) Isi borang, sign dan chop
2) mati stamp kat LHDN
3) jumpa pesuruhjaya sumpah
4) fotostat 5 set
5) hantar ke Office sebelum pukul 5pm
6) lapar!
.
Erm kalau semuanya 1 tempat, sempat lah..jem lagi.. Parking lagi.. Nak menunggu turn lagi.. Sempat ke? Seperti biasa the small little voice memberikan saranan..
.
Lantas saya baca AlQuran. Simple je. Alfatihah dan ayatul kursi. Niat dah synchronise..(praktikal utk al bayyinah 98:5) Aku redah je lah. Usaha, usaha usaha..
.
Surprisingly sampai di LHDN, pegawai kata.. Lepas 3 hari boleh datang untuk ambil document..😧😧😧 Hahahaha bukan isu sempat ke tak ni. Confirm terlepas. Documents semua sudah bersama pegawai LHDN.. Saya duduk sebentar di situ.. Berdoa kepada Allah. Bagaimana ya?? Saya perlukan document dalam masa 10 minit..
.
Ahaaaa! Tiba tiba terpandang 1 uncle bayar duit dan terus dapat document.
.
The small little voice terus pop up!
.
“rasuah!”
.
I said… Nop! Impossible LHDN terima rasuah. Depan public lak tu. Hello, aku pun tak nk terlibat..
.
Rupa rupanya document saya dikecualikan pembayaran stamp, tetapi perlu 3 hari. Lantas..saya bayarkan sahaja stamp itu. Dapat terus! Subhanallah… Melalui small little voice itu ada message rupanya. Hati yg kotor terus kata rasuah. Padahal tidak!
.
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim..
.
Sebab tu Allah kata sebahagian prasangka itu dosa (surah alhujurat 49:12)
.
Selepas itu saya terus pergi ke pesuruhjaya sumpah.. Dapat parking special. Depan kedai. Terus sign.
.
Alamak! Ada 20 minit lagi… Sempat ke nak fotostat? Fikiran hanya terfikir kedai Print Expert. Sebab situ ada GST. Boleh tolak Gst nanti. Kat office tu nanti nak cari parking lagi…sekali lagi the small little voice berkata kata. Saya bacakan lagi Alquran. Surah Alfil. Berkali kali..
.
Tiba tiba teringat kedai fotostat yng saya pernah pergi ketika berusia 18 tahun.. gst dah kosong lah. Lantaklah kedai mana pun. Ha ah.. Dekat juga. Dekat dgn restoran pula tu. Fotostat dan makan at one go. Alhamdulillah…
.
4.52petang dokumen siap. Hari hujan. Orang balik kerja. Jalan jem. Sempat ke sampai? Saya baca lagi Alquran… Surah al ikhlas. Mohon pertolongan hanya dari Allah.
.
Dan saya call pejabat jabatan. Boleh kah kalau tunggu sebentar. Tiba tiba pegawai itu berkata
.
“tak pe puan.. Tak perlu parking. Hujan ni. Puan drop document kat lobi je. Saya tunggu kat situ. Sebab documents semua dah lengkap kan?”.
.
Subhanallah… And i reached there exactly at 5.00pm
.
===========
Sekecil kecil situasi ayat Alquran digunakan. Dan perhatikan bagaimana keyakinan di Upgrade dan diredah..dengan usaha.
.
Alquran banyak melibatkan bagaimana kita mengawal pemikiran kita. Akal di kuasai oleh hati yang ada Alquran. Bukan akal dikuasai oleh fizikal semata….perhatikan ilham yng datang. Memory bank yang di retrieve instantly.
.
Proses ini adalah berterusan di Upgrade. TANPA MELETAKKAN RESULT MENGIKUT APA YANG KITA MAHUKAN. Serah serah pada Allah. namun usaha tetap perlu.. Proses yang setiap masa mahukan Allah. Selain itu HANYALAH DRAMA. Bacaan surah apa utk situasi apa? Pada pendapat saya semua surah.. Semua ayat bagus. YANG UTAMA ADALAH BAGAIMANA UTK KITA UPGRADE YAKIN PADA ALLAH.
.
=======
Perhatikan pop up ayat Alquran bertalu talu datang. Ia membentuk cara kita berfikir.
.
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
.
.
Ok kah? Apa yang anda dapat dari post ni?
.
Sambungan.. Di post seterusnya
.
❤️❤️❤️❤️❤️
Jomkita! Sama sama hidup dalam Alquran dan bercinta dengan Allah..
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle

Sekiranya post ini bermanfaat.. Ya diizinkan untuk share 😊😊

HusnaHaron

Leave a Reply