Skip to main content

Melihat bentuk awan ni.. Teringat kat allana..kerana 1 pagi ketika dalam perjalanan ke sekolah beliau .

By April 13, 2018June 13th, 2018Blog, Didik Anak

Melihat bentuk awan ni.. Teringat kat allana..kerana 1 pagi ketika dalam perjalanan ke sekolah beliau
.
Allana : Mama.. Kenapa awan berubah bentuk?hari tu lana nampak awak banyak.. Semalam nipis je awan.. Hari ni banyak! Ada mcm dinosaur, bentuk macam belalai gajah.. Macam pokok senget…
.
Mama : sebab…
.
Allana : haaa! Hari tu masa dalam kapal terbang, awan banyakkkkkkkk sangat. Mcm dalam buih bubble yang banyak. Kenapa awan macam macam Mama?
.
Mama : dah habis soalan?
.
Macam ni.. Kita hidup dalam kitaran simbiosis. Saling memerlukan. Air laut, air sungai, air tasik, apa apa air yang terdedah.., bila dipanaskan. Air tu jadi wap air.. Naik ke atas..kerana perbezaan tekanan. Kat bahagian ketinggian awan tu.. Udara nya lebih sejuk. Maka jadilah awan..
.
Mula mula awan tu kecil je. Pastu yang kecil ni bergabung membentuk awan besar. Bila makin banyak.. Jadi berkepul kepul.. Lama lama berat.. Turun lah jadi hujan…
.
Allana : kenapa hujan?bukan salji?
Mama : kalau suhu Kat bumi tu panas.. Jadi hujan.
Kalau suhu kat bumi sejuk, jadi salji
Allana : oh.. Malaysia panas? Kashmir sejuk?
Mama : yaaaaa……
Allana : kenapa kena hujan? Tak boleh ke hujan turun kat laut je… (beliau tak suka hujan)
.
Mama : sebab Allah baik.. Nak seimbangkan dunia. Pokok jadi subur. Allana boleh makan limau, anggur,, sayur..
.
Air sungai jadi lebih banyak.. Telur ikan menetas.. Ikan makin banyak. Boleh makan ikan..
.
Hujan turun, cuaca jadi sejuk. Tak panas kering..
Jadi hujan tu utk siapa.
.
Allana : kita!
.
Al-A’raf 7:57

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)…..

HusnaHaron

Leave a Reply