ANAK KEMBAR 4 ITU
.
10 tahun lepas…..
Husna : Kalau saya nak anak.. Saya nak kembar 4. Senang! Mengandung sekali, bersalin sekali, jaga sekali, penat sekali.. Pastu boleh pergi jalan jalan.. Allah kan boleh bagi apa apa aja.
.
Ma : uishhhhh susah lah! Jaga anak kembar 2 pun susah.. Inikan kembar 4!
Husna : susah lah kalau tak doa pada Allah. (sungguh berlagak. Sungguh yakin!)
Ma : na tak de anak lagi.. Tak nampak. Ma ni ada anak 10. Ma tahu..
.
=========
.
Satu hari ketika berlari di Airport dubai kerana kejar flight, saya rasa pelik. Kenapa hari ni aku tak larat nak angkat luggage? Kenapa hari ni aku kepenatan yang amat? Padahal berlari di Airport cuma 15 minit… Hinggakan bila masuk dalam kapal terbang, saya baring di 3 seats kosong. Tidur hingga sampai ke Malaysia! 8 jam tak sedarkan diri!
.
Sampai di Malaysia, saya demam. Lantas pergi ke klinik di universiti.
.
Dr marahkan saya..
.
Dr : awak student! Tak jaga perangai! Ni mengandung!”
Husna : haaaa ya kah? Ada berapa baby? 4?
Dr : satu lah… (dengan muka masih marah)
Husna : Dr.. Jangan marah. Saya post graduate student. Saya dah kahwin.
Dr : Ohhhh.. Tahniah!
.
==================
Lepas dah dapat anak 2…memang benar.. Saya tidak layak untuk dapat anak kembar 4… Dengan kehendak diri yang kuat travel, mahukan MeTime…mahukan tidur 8 jam…
.
Kini saya lebih realistic dengan doa…
.
Benar kata Allah
.
Al-Baqarah 2:216
……….. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya…..
.
Namun, saya amat percaya sekiranya dikurniakan 4 kembar… Pasti saya akan wujudkan sistem hidup utk support. Afterall Allah Maha Adil! It is the matter of time..
.
Anak 2 bagus
Anak 4 bagus
Anak 10 bagus
Tiada anak pun bagus
Tiada pasangan pun bagus
.
Semua pilihan untuk kita lebih kenal Allah…
.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
.
P/s gambar : bukan anak saya