ILHAM, IDEA, PRASANGKA..
.
Bagaimana membezakan ilham, idea, prasangka, gerak hati, naluri dan instinct? Secara asasnya semua nya adalah sama..
.
Ketika melihat pemandangan nan indah ini.. Itu yang bermain di fikiran saya….
.
Sedang mencari jawapan… Terpandang matahari dari celah pokok.. Teringat lah maksud terjemahan surah matahari..
.
Surah AsySyams, Allah bersumpah 7x. Betapa penting nya ayat seterusnya. Di mana Allah menggariskan bahawa setiap masa kita dikurniakan 2 jenis ilham..
.
– ilham kebaikan, sekiranya kita sucikan.. Maka untung lah kita
– ilham kefasikan dan kejahatan, sekiranya kita kotori, rugilah kita..
.
Secara fitrah nya.. Kita takkan respond dengan ilham jahat. Ilham jahat akan di respon bila kita dikuasai emosi negatif. Hasil energy imbalance. Maka.. Apa khabar emosi kita? Iaitu energy kita?
.
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka buruk. Kerana sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa …” (Al-Hujurat 49:12)
.
So nak buat apa ni?
Bagaimana membezakan ilham, idea, prasangka, gerak hati, naluri dan instinct?
.
Pada pendapat saya.. Ia bergantung kepada cara kita respond.. Semakin menghampiri mencintai Allah atau menjauhi. Buat baik pada Allah dan buat baik pada manusia…. Dan Alquran setiap masa memberikan petunjuk atas setiap apa yang kita fikirkan. SEKIRANYA KITA UPGRADE KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH DAN KATA KATANYA ALQURAN…