Skip to main content

Didik Anak Jadi Pintar, Cukup kah Usaha Kita?

By December 26, 2014August 1st, 2023Didik Anak

Didik Anak Jadi Pintar dengan Al-Quran

Saya terpanggil untuk bertanya kepada anda apakah sebenarnya tugas isteri dalam islam bila dah kahwin? Ia berlegar-legar di fikiran saya masa saya mula-mula nak mencari idea tukar rutin ini. Di dalam Islam, menguruskan rumahtangga (Masak, basuh pakaian, kemas rumah) sebenarnya adalah tanggungjawab suami (at least untuk sediakan pembantu rumah). Namun disebabkan toleransi dan kasih sayang, kita yang melakukan tugas tersebut. Apatah lagi bekerja! Itu memang tanggungjawab suami. Sekiranya semua yang biasa kita lakukan itu adalah tugas suami, then apakah tugas kita?

Dari perspective itu, apakah tugas kita hanya untuk keperluan seks? Macam terlalu senang pula ya… mengandung, melahirkan dan menyusukan memang tugas kita kerana yang ini tidak boleh di sub kan kepada sesiapa! Bila difikirkan kembali berdasarkan beberapa artikel dan buku yang saya baca, tugas UTAMA kita sebenarnya adalah didik anak jadi pintar dengan roh Islam. Tugas yang amat amat penting untuk dititikberatkan.

Namun, dalam kehidupan kita zaman ini, rata-rata ibu TERPAKSA sub hampir 100% tugas mendidik ini kepada sekolah atau taska. Kita pula yang bertungkus lumus buat kerja suami yang disenaraikan tadi. ya, kita terpaksa urus rumah tanpa pembantu rumah dan ia memenatkan. Sedangkan anak-anak amat perlukan kita!

Percaya atau pun tidak, sebagus mana sekalipun seorang guru di sekolah tidak akan dapat untuk mendidik anak-anak kita secara sempurna seperti acuan yang kita mahukan. Saya bercakap dalam kapasiti saya sebagai pensyarah yang juga warga pendidik crypto live casino. Target utama pendidik adalah untuk habiskan silibus! Belum campur lagi dengan tugasan admin. Kalau guru sekolah lagi lah banyak tugasnya! Tidak dinafikan memang ada pendidik yang begitu prihatin dan caring. Tapi berapa kerat la sangat https://www.praguerevue.com/aletli-pilates-faydalari-nelerdir-ne-ise-yarar/. (warga pendidik jangan marah ya dengan statement saya ini)

Sekarang, usah ditangisi apa yang telah kita lakukan. Saya juga pernah berada di situasi itu! Kalau anda join program tukar rutin, anda akan diajar pelbagai tip pengurusan masa untuk ibu bekerja dan suri rumah. Maka,  anda akan tahu cara macam mana untuk ada masa. Maka, bukan masalah masa lagi yang kita hadapi! Kerana anda sudah punyai masa. Cuba isikan dengan pendidikan anak-anak. Anak itulah tiket untuk kita ke syurga atau ke neraka. Proses mengajar anak itulah akan mengikat anak-anak dengan diri kita. Jom kita sama-sama jadikan waktu berkualiti dengan anak dengan mengajar mereka! (saya pun tengah belajar cara didik anak. Artikel ini hanyalah sekadar peringatan sesama insan yang ingin sama-sama berpegang tangan ke syurga. In Shaa Allah)

formula ajar anak baca quran - efficient2me

  Gambar : masukkan bahan pengajaran di dalam mainan anak

Salam Sayang,
Husna Haron

[mashshare]

Husna Haron

Leave a Reply