Skip to main content

DEVELOP KEYAKINAN KEPADA ALLAH DARI SEKECIL KECIL PERKARA.. #QuranForever day 11

DEVELOP KEYAKINAN KEPADA ALLAH DARI SEKECIL KECIL PERKARA.. #QuranForever day 11
.
Ammar : mama.. Nak pinjam berus blusher mama
Mama : nak buat apa? Awak kan dah handsome
Ammar : mama ni.. Ammar nak main tu. Bagi ada bunyi.
Mama : oh tu.. Pakai syiling pun boleh.
Ammar : mana boleh! Alaa bagi lah pinjam berus blusher.
Mama : mama tak bawa. Ammar, mcm ni.. Last 3 days, masa kat hotel kat pekan, pahang.. Mama guna berus blusher sebab itu yg mama ada utk main musical instrument tu.

Kat hotel penang ni.. ‘Kidz play’ tak sediakan batang ketuk2. So asasnya adalah ketuk saja dengan apa apa yang boleh berlaga keluar bunyi. Tak semestinya berus blusher tu.. NI NAMANYA ALTERNATIF.
.
Ammar : ye lah.. (beliau mencuba)
.
Ammar : ha ah lah mama jadi! Mcm mana mama tahu? Mama doa ke?
Mama : ya mama doa. Tanya Allah. Semua benda mama tanya Allah.
Ammar : habis kenapa kalau ammar tanya Allah, Allah tak jawab semua pun..
Mama : mama pun. Tapi kalau Allah belum makbul doa lagi.. Mama doa banyak lagi yg kecil kecil. Supaya keyakinan mama kepada Allah sentiasa ter upgrade. Mama tak tunggu doa besar je.
.
Ammar : doa besar tu apa?
Mama : contoh nak mati dalam keadaan husnul khatimah. Nak kaya ada harta 10 keturunan. Nak jadi al hafizah. Tu doa jangka masa panjang. Ada banyak proses kena lalui
.
Ammar : doa kecil kecil pula?
Mama :
– doa supaya ammar hormati orang tua
– doa supaya mama happier sekarang
– doa nak bantu orang
– doa supaya mama setiap masa bersyukur
– doa supaya mama boleh appreciate masa bersama korang, tanpa pegang Smartphone.
– doa supaya mama boleh ajar korang Alquran lagi 10 minit.
– doa supaya mama boleh bersedekah setiap masa
.
Semua tu utk dapat cinta Allah. Dan boleh buat bertindak terus. Boleh amal Alquran terus.terus Allah makbulkan. Kalau yg kecil2 kita tak acknowledge appreciate nikmat ygAllah bagi .. Susah lah.. Bila buat yg versi kecil2.. Keyakinan kita pada Allah sentiasa upgrade.
.
Ammar : ya Allah, ammar nak enjoy main kat sini.. Ya Allah, ammar nak saayang berganda mama.. Macam tu?
.
Mama : haa sayang lah! (pelukmama)
.
========
Saya suka memperkenalkan Allah kepada anak. Bahawa Allah itu Maha Special. MAHA dekat. MAHA CEPAT. kerana keyakinan adalah proses yg perlu dipupuk, dilalui proses.. Ini usaha kecil. Dalam skala nano kecil.
.
Al-Hijr 15:99
.
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
.
Segala niat baik, pasti Allah permudahkan. In shaa Allah.
.
So apakah usaha anda?
1- like love post ini
2- comment
– attach screenshot tadabbur surah al Hijr
– attach screenshot baca surah al hijr
– “apakah usaha sekecil kecil anda untuk develop yakin kepada Allah”
3- share kan post ini
.
Jomkita!

HusnaHaron

Leave a Reply