CARA MEMASTIKAN KELUARGA PANDAI MENGEMAS TANPA PAKSA, TANPA BERLETER
#QuranForever day 7
.
Sesuatu yang saya (dan pasti semua parents juga) tak suka adalah Meminta orang untuk mengemas. Hari hari ulang cara yang sama tapi harapkan result yang berbeza, iti gila namanya. Itu kata pakcik Albert Einstein.
.
Lantas.. Saya TUKAR DAN UBAH CARA MENDIDIK MELALUI STORYTELLING..
.
“Kenapa guna storytelling dengan anak?
Storytelling keluarkan 3 hormon penting – oxytocin, dopamin dan cortisol.
Oxytocin adalah hormon kasih sayang. Selebihnya dalam kelas Neuroparenting nanti. ~Drrizal Abu Bakar
Itu info nya..
Praktikal dan tindakan terus..
.
Biasanya sebelum tidur, saya bercerita tentang Allah kepada anak anak. Kali ini, saya tukar cerita..
.
Mama : tahu tak, Allah ciptakan semuanya bersebab. Semuanya bagus. Tapi kalau berlagak, ego, yg bagus pun jadi tak bagus.
.
Allana : macam surah attin?
Mama : ya tu utk manusia..
Ammar : ni cerita apa pula? Haiwan?
Mama : ha ah.. Al Kisah satu hari siput berjalan bersama ulat gonggok. Ulat marah kat siput..
Ulat : Kenapa kau ni slow dan lembab sangat? Jenuh aku tunggu.
Siput : kau bukan tak tahu aku ada cengkerang kat belakang aku.
Ulat : hahahahah patutlah lambat, slow, bodoh,
Siput rasa tercabar. Lantas siput berkata
Siput ; ok baik jom bertanding! Siapa paling cepat!
Ulat : bertanding? Hahahaha tak bertanding pun kau dah kalah!
Siput : kau bukan bertanding dengan aku. Kau akan bertanding dgn kura kura!
Ulat : kura kura? Hahahahha sudahlah dia tengah sakit kaki.. Kau nak aku bertanding dengannya? Ini bodoh kuasa sepuluh ni!
Siput : tapi ada syaratnya! Semua wajib pakai kasut..
.
Siput : apa apalah syaratnya. Aku tahu aku menang!
.
Tiba hari pertandingan..
.
Siput : ok pertandingan bermula!
Si kura kura begitu perlahan pakai kasut pada kakinya yg sakit.. Setelah selesai, beliau terus berjalan dengan perlahan..
.
Si ulat gonggok sangat pantas pakai kasut. Tetapi disebabkan kasutnya berterabur tidak bersusun, beliau kepenatan mencari kasut dan pasangannya. Sudahlah kakinya banyak..penat ke kiri dan ke kanan. Akhirnya ulat gonggok yang sepatutnya laju dan pantas itu kalah dengan kura kura sakit kaki..
.
Ulat gonggok menangis… Maafkan aku..
Lepas ni aku akan…
.
Tiba tiba allana menyapa
.
Allana : lana tahu! Jangan hina orang!
Ammar : bukan lah lana… Kena susun kasut. Nanti lambat.
.
======
Kisah ini amat berkesan.. Hingga kini, ke mana sahaja kami pergi.. Kasut akan tersusun. Mama gembira. Tiada marah marah.
.
Kisah yg berbeza utk simpan barang mainan, baju kotor, kemas bilik, pinggan lepas makan…
..
Apa yang best? Kisah ini saya cipta setelah mahu beramal dengan ayat Alquran
.
Ar-Ra’d 13:11
…… Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…..
.
Kisah kasut ini hanyalah perubahan MIKRO yang membahagiakan..
.
Apatah lagi perubahan MAKRO
– ubah cara pilihan makanan untuk upgrade spiritual
– ubah pemilihan buku untuk lebih kenal Allah
– ubah cara kita memahami agama untuk lebih kenal Allah
.
Apakah tindakan anda?
1- like love post ini sekiranya anda/pasangan terpaksa alami berleter je
2- comment “ohhh saya pun nak amalkan Alquran!”
3- share kan utk kita bantu perubahan mikro ini kepada yang memerlukan…
.
Jomkita! #QuranForever