Anak adalah anugerah Allah yang sangat berharga dan tak ternilai dalam memberi lebih kebahagiaan kepada diri kita. Selama ini kita disuntik dengan pandangan ”anak ibarat kain putih, terpulang kepada kita untuk mencorakkan didikan anak ini”. Sedangkan, dalam masa kita mencorak didikan anak ini, sebenarnya ia merefleks diri kita juga. Kerana anak adalah tiket untuk kita ke syurga atau ke neraka.
Maka, amat penting untuk kita tahu destinasi akhirat kita. Anak yang soleh yang terus menerus mendoakan kita adalah sebahagian daripada pelan tindakan yang kita perlu fikir-fikirkan. Namun, untuk mendidik anak yang soleh itu, ia datang dengan pelbagai cabaran. Apa jua ilmu yang kita ingin terapkan, amat penting untuk kita sebagai ibu mempunyai skil mengajar anak. Cabaran mendidik anak yang sukar belajar akan menaikkan kita ke tahap yang lebih tinggi sekiranya kita berjaya atasi.
Berikut adalah 5 tip bagaimana mendidik anak yang sukar belajar . No 5, adalah ilmu baru yang kurang diketengahkan dalam masyarakat Malaysia. Tip yang menyebabkan anak yang sukar belajar akan terus tercicir dan ketinggalan.
- Ketahui perangai anak
Secara amnya terdapat 3 jenis; Visualiser, Audio dan Kinesthetic. Anak yang sukar belajar kebiasaannya adalah jenis kinesthetic di mana anak susah untuk fokus, tak reti duduk diam dan kuat bermain. Tambahan lagi, di sekolah kebiasaannya sistem pembelajaran di sekolah lebih menekankan Visual dan Audio. Maka, anak kinesthetic selalu dipinggirkan dan dikenali sebagai ”murid nakal” dan akan berada di dalam kelas Pemulihan. Sedangkan potensi besar mereka tidak dicungkil. Ibu bapa lah yang sebenarnya perlu belajar bagaimana untuk mengeluarkan potensi mereka ini.
- Puji & peluk anak selalu
Semua anak memerlukan perhatian daripada kita. Apabila mengajar anak, walaupun mereka memberi respon yang silap, kita tetap perlu raikan mereka dan membetulkan kesilapan tersebut tanpa menyatakan yang ia salah. Contoh, sekiranya kita menunjukkan flash card ”ba” dan anak berkata ”Jim”, kita kata ”Yaaa Betul!! Ni ba! ” dengan expresi muka yang gembira dan meraikan. Peluklah anak setelah habis sesi belajar kerana ia akan menambahkan tahap keyakinan anak.
- Reward anak atas pencapaian anak
Apa jua pencapaian anak, terutamanya yang ’degil’, kita perlu berikan hadiah. Tak semestinya hadiah berupa duit. Mungkin hanya..”kalau siap latihan ni dan banyak betul, nanti kita main lego sama-sama”
- Jangan buat perbandingan & dengar luahan hati anak
Setiap anak mempunyai potensi dan perangai yang berbeza. Tidak adil untuk kita membuat perbandingan. Raikan setiap kejayaan mereka, dan sekiranya mereka kurang berjaya, dengarlah luahan hati mereka. Mungkin, puncanya adalah kerana diri kita yang kurang meluangkan masa untuk menemani mereka belajar.
- Hypno parenting & alpha learning
Hypno parenting adalah satu kaedah dimana kita berkomunikasi dengan anak pada saat mereka hampir-hampir tidur. Gelombang anak pada ketika itu adalah Alpha – Theha di mana mudah untuk kita mengawal fikiran mereka. Apa jua nasihat dan didikan yang ingin kita terapkan akan mudah masuk dan di tanam dalam minda bawah sedar mereka. Ketika anak-anak masih kecil, kajian menunjukkan hampir 90% fikiran mereka dipengaruhi oleh minda bawah sedar. Maka amat penting untuk kita menentukannya daripada saat ini agar mereka tidak tersilap haluan.
Untuk menjadikan Hypno parenting ini berkesan, terdapat beberapa cara yang kita perlu ketahui di mana ia memerlukan latihan praktikal. Sangat-sangat digalakkan untuk semua ibu mengamalkan teknik ini agar kita tidak menyesal “silap aku tidak didik anak dengan betul”. Maklumat lanjut perihal teknik ini, ada di www.MindaSupermom.com dimana saya amat sarankan anda untuk daftarkan diri untuk pelajari teknik khas ini. Hanya terdapat beberapa tempat sahaja lagi. Daftar sebelum anak anda menjadi lebih parah kerana silap gaya didikan yang tidak kena dengan perangai unik mereka. Jemput daftar di sini www.MindaSupermom.com
[mashshare]