Skip to main content

Jom! kita tengok sama- sama. Ambil point penting dan terus amalkan dalam kehidupan kita.

kalau ada hati nak download video ni, boleh pergi ke YouTube Prof Muhd Kamil (sila klik) dan Copy paste kan Embeded code kat situ kat YouTube Downloader  :

RINGKASAN CERAMAH PROF MUHD KAMIL

1-Nak masuk syurga tanpa dihisab (jadi golongan 1 dalam 1000)
2-Tanda munafik ke tidak, tengok pada solat subuh & isyak berjemaah
3-kajian umur kematian bangsa melayu di nusantara menurut PBB (average) adalah 74 tahun
4-Imam ghazali kata; siapa yang ingat mati dia bijaksana
5-Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beramal ibadat -surah Az-Zariyat ayat 56
6-Minta pada Allah agar diberi kesihatan yang baik supaya kita dapat beribadat kepada-Nya
7-Berjanji pada Allah untuk mewakafkan diri untuk masyarakat
8-Perangai kita atas dunia akan menentukan berapa lama kita duduk dalam kubur tu
9-Amalkan puasa nabi daud- puasa sunat yang disukai Allah (selang sehari)
10-Rasulullah berkata: Ada 3 tempat yang disyariatkan untuk bermusafir; Masjidil haram, masjid nabawi, masjid al-aqsa-sekiranya meninggal dunia di sana, akan dikira mati syahid, insya-Allah.

Husna Haron

Leave a Reply