Skip to main content

Hari ni, saya rasa sangat down being a parent yang “kurang bersedia”..

  • Kadang-kadang kita termarah anak
  • Kadang-kadang bila anak bergaduh, kita cuba jadi hakim tetapi tersilap pula nilaiannya
  • Kadang-kadang kita berprasangka terhadap anak sendiri (nauzubillah)
  • Kadang-kadang kita sibuk dengan kerja, lupa nak doakan anak walaupun hanya sedekah alfatihah
  • Kadang-kadang kita TERbandingkan anak kita dengan anak orang lain. Ohh man, memang tak patut. Anak kita pun ada kelebihan bahagian lain. Mereka ada kehidupan sendiri lah.
  • Kadang-kadang bila anak bercerita meluahkan perasaan, kita pula sibuk memasak, dengan smartphone lah (tak leh nak dimaafkan ni)

Saya nak berjanji pada diri saya sendiri, i want to be a better mom….

Tiada gunanya untuk berada dalam “mode : aku tak pandai”. Saya amat percaya, semua orang ada lakukan kesalahan dan kesilapan dalam mendidik anak-anak. Sudah tentu, saya tidak terkecuali.

Daripada terus berada dalam mode “negative” itu, baik cepat-cepat reset agar saya tidak terus menarik pelbagai masalah lain lagi. Maka, saya YouTube dan tonton video inspirasi daripada Pakar Inspirasi Yang amat saya kagumi iaitu Prof Muhaya…

Jom! kita tengok sama- sama. Ambil point penting dan terus amalkan dalam kehidupan kita.

kalau ada hati nak download video ni, boleh pergi ke YouTube Prof Muhaya (sila klik) dan Copy paste kan Embeded code kat situ kat YouTube Downloader  :

 

Ni adalah ringkasan berdasarkan video yg saya tengok ini. Semestinya lebih “aura dan kesan” kalau kita tonton sendiri video ni. Dan sudah tentu lebih berkat sekiranya kita duduk di depan Prof Muhaya kan. Dalam majlis ilmu kan, kita dinaungi malaikat…

 

RINGKASAN CERAMAH PROF DR MUHAYA

1-Anak adalah cermin ibubapa
2-kebanyakan masalah di dunia dan masyarakat sebab hubungan ibubapa dan anak-anak
3-Anak kita bukan datang dari kita, datang daripada Allah SWT melalui kita sahaja
4-Anak-anak bukan hak tapi amanah
5-Bukan apa yang kita tinggalkan kepada anak kita penting, yang penting apa kita tinggalkan dalam jiwa, hati, sanubari anak kita iaitu akidah anak kita macam mana, ibadah dia macam mana, akhlak dia macam mana.
6-Orang yang akidah dia mantap, ibadah dia sempurna, akhlaknya baik di mana- mana kita letak dia akan tenang.
7- Hati yang hidup tidak akan dipengaruhi suasana luaran, contoh: Ikan yang hidup di letakkan dalam air masin berapa lama pun tetap tawar isinya. tapi ikan mati diletakkan air garam terus jadi ikan masin. Macam tulah anak-anak yang hatinya tidak hidup dengan ilmu agama, ilmu akidah, ilmu ibadah, dan akhlak dia kalau tidak hidup, maka sangat dipengaruhi faktor-faktor luaran.
8-Apabila isteri yang ingkar pada Allah, masa mengandung dalam keingkaran hormon apa yang keluar, makanan apa dia makan, fikiran apa dia fikir, emosi apa dia rasa, tindakan apa dia buat, itu menghasilkan roh anak tadi, cara tumbesaran anak; minda, akhlak semua akan mempengaruhi anak dalam kandungan.
9-Apabila kita melihat anak dengan kasih sayang, anak jadi kuat, tapi pandang dengan marah anak jadi lemah
10-Orang yang benar-benar berjaya ialah orang yang sangat mengaudit apa masa yang dia gunakan.

Husna Haron

Leave a Reply