Jom! kita tengok sama- sama. Ambil point penting dan terus amalkan dalam kehidupan kita.
kalau ada hati nak download video ni, boleh pergi ke YouTube Ustazah Norhafizah Musa (sila klik) dan Copy paste kan Embeded code kat situ kat YouTube Downloader :
RINGKASAN CERAMAH USTAZAH NORHAFIZAH MUSA
1-Maha suci Allah yang menjadikan gugusan bintang, matahari, bulan bercahaya, malam dan siang silih berganti-Furqan 61-62
2-Orang yang stress kerana hati rasa sempit dengan masalah- penyelesaiannya:pergi melihat keindahan alam ciptaan Allah (menunjukkan keluasan alam ciptaan)
3-Punca stress kerana emosi tidak dapat menampung bebanan yang di tanggung- Tapi ingat pesan Allah, kerana DIA tidak menguji hamba-NYA melebihi tahap kemampuannya
4-Allah mahu mengembalikan hati itu supaya hidup ketika kembali pada-NYA
5-Apabila tertekan/stress, mudah marah; cuba fahami tubuh badan kita, apa yang berlaku ialah reaksi kejutan(tubuh akan siap sedia merembeskan hormon-hormon- adrenalin, kortisol, untuk menstabilkan diri yang stress)
6-Kawal tekanan dalam diri kita kerana ia memberi implikasi dalam tubuh badan -cetuskan penyakit
7-Tahap ketahanan tubuh rendah dan akan sangat kepenatan/letih
8-Apabila berpanjangan stress ini akan menyebabkan gangguan kesihatan
9-Kita mesti sayang diri sendiri dan belajar mengawal/ mengurus emosi dengan baik
10-Dosa-dosa yang kita lakukan adalah sebahagian daripada faktor menjadi besarnya stress; banyak lalai dengan perintah Allah- hati perlu dibersihkan agar lapang/tenang hatinya