Skip to main content

Special.. Kali ni Setiap seorang peserta saya tunggu utk mereka nampak mcm mana nak amalkan Alquran.

By April 12, 2018Blog, I - Ilmu

Special.. Kali ni Setiap seorang peserta saya tunggu utk mereka nampak mcm mana nak amalkan Alquran.
.
Ramai orang tertanya tanya macam mana saya amalkan Alquran. Saya jawab, saya baca AlQuran untuk DI PRAKTIS KAN AYAT ALQURAN ITU dalam hidup. Lepas baca.. Saya akan refer kepada guru utk detail teknikal Alquran. Guru yg lebih berilmu pasal tafsir, bahasa Arab, sebab penurunan ayat dll.. Maka,lepas pilih ayat Alquran.. HARUS ADA ACTION PLAN BAGAIMANA UTK BERTINDAK.
.
Hakikatnya.. Kerana kita ni ada beribu masalah setiap masa.. Alquran umpama oxygen yg memberikan nyawa, harapan dan sinar utk SETIAP MASALAH HIDUP KITA. Rupanya, melalui masalah itu.. Doa doa kita diproses dan dimakbulkan..maka, bacalah Alquran..
.
KALAU KITA BACA ALQURAN .. In shaa Allah dapat rahmat.. In shaa Allah dapat pahala..
.
KALAU KITA BACA ALQURAN DAN AMALKAN, PRAKTIS APA YANG DIBACA.. Di sinilah wonderful nya Alquran! Hidup dipermudahkan..
.
Bagaimana nak praktis kan ayat Alquran? Ia perlukan kita utk BERFIKIR.. Dan surah al qamar, 4 kali Allah yakinkan kita bahawa Alquran itu mudah… Sejauh mana kita yakin itu menentukan kefahaman kita..
.
Dan sepanjang proses praktis itu.. Kita akan bertemu dengan lebih ramai guru Alquran. Belajar itu berterusan.

HusnaHaron

Leave a Reply