Skip to main content

Nak tahu tak mcm mana nak hidup di dalam dunia Alquran?

By April 12, 2018Blog, I - Ilmu

Nak tahu tak mcm mana nak hidup di dalam dunia Alquran? Caranya adalah…
– baca AlQuran dengan adabnya. Tersangat penting. Ini saya namakan sebagai Quran Connection. Belakang Quran anda pasti ada.
– kemudian, mesti baca terjemahan kalau kita ni tak pandai bahasa arab
– kemudian, pilih satu je ayat.. Ya satu aja utk di cari pelan tindakan nya. Dalam konteks ini.. TIADA TAFSIR DILAKUKAN. Kalau sedar, diri sendiri tak banyak ilmu.
– kalau nak faham secara sejarah.. Ya silakan rujuk para tafsir. Tak susah dah sekarang. Bukannya kena pi masjid, atau berjalan berbulan bulan utk jumpa ulama. Dalam youtube ada banyak. Pilihlah guru tafsir yang berilmu.
.
OK saya berikan satu contoh….
.
Surah al insyirah.. 94:7
.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
.
Contoh Action plan nya… Niatkan mahu amal ayat 94:7 ni..
– selesai ajar anak baca AlQuran.. Sudah lancar.. Upgrade, Ajarkan pula terjemahan
– selesai belajar masakan Melayu, sudah expert.. Upgrade, belajar masakan jawa pula..
– sudah makin kuasai speed reading utk buku yg light.. Upgrade, ambil buku yg medium and heavy pula..
.
Ada ke tafsir? Ada ke sentuh teknikal agama? Ada ke sentuh hukum hakam? Tiada kan?
.
But it improves our life a lot! Sebenarnya kita dah biasa upgrade life.. Cuma tidak diniatkan Alquran aja. Tidak dimasukkan dalam sistem kepercayaan je.. Tidak di declare aja..
.
Boleh anda berikan contoh lain yg sesuai utk diri anda?

HusnaHaron

Leave a Reply