SOLAT YANG BAGAIMANA SELESAIKAN MASALAH?
.
Kalau mahu dicari, ada berpuluh sebab TAK samanya solat orang lain dengan apa yg kita pelajari dan yakini. Mazhab berbeza. Teknikal berbeza. Cara fizikal dilakukan berbeza.
.
ASAS TETAP SAMA. membawa kita kepada TAUHID. iaitu bergantung kepada Allah. Solid hanya Allah. Bukan bergantung kepada apa yg kita risaukan. bos, sales, sihat, anak, masa, holiday.
.
Solat untuk setiap masa connect dengan Allah. INI PRIORITY SOLAT. Untuk khusyuk larut dan lazat di dalam solat itu. Hingga apa jua yang terjadi di luar, tidak terjejas.
.
Ia adalah satu proses YANG KITA PERLU SAMA SAMA USAHAKAN… Proses yang berterusan. Bukan hari ni nikmat, esok confirm nikmat kekal. Ia bergantung kepada cara kita mengawal hati kita. Tetap bertawaf kepadaNya regardless apa yang terjadi.. Proses Mudah kalau meletakkan dunia BUKAN DALAM HATI KITA. Hanya Allah dalam hati kita. Itulah tauhid. Yang mempengaruhi khusyuk.
.
Tauhid dan khusyuk itu core solat..
Rahsianya ada pada
1- hubungan kita dengan Allah
2- hubungan itu diaudit setiap masa
3- hubungan itu solid
4- fahami maksud bacaan
5- ada proses tenangkan fikiran sebelum solat
6- ada proses untuk khusyuk. Ia mudah dilakukan sekiranya ada steps 1-5
.
Pergerakan ada 13 rukun.
Kalau buat dengan tepat, impaknya pada kesihatan yang maximum
.
Jemputlah beli buku Sains Solat karangan Prof Fatimah dan team dari University Malaysia. Atau sertai Bengkel solat
.
Kalau hayati khusyuk itu…
Ia menenangkan hati. Mendamaikan emosi. Merasai sesuatu yang luar biasa. Sesuatu yang kita tak mahu lepaskan. Hingga rindu mahu solat.
.
Dan rasa itu sangat terkait dengan keadaan hati. Apa yang terjadi dalam hidup kita. Hubungan kita sesama manusia. Menyebabkan kita perlu sentiasa baca AlQuran. Untuk perbetulkan keadaan hati. Perbetulkan sebelum solat. Semasa solat. Selepas solat. Kita dikasihi Allah melalui solat. Menyebabkan kita mengasihi orang lain
.
Hingga setiap masa mahu tolong orang lain. Tolong secara terang atau sembunyi. Tolong dalam bentuk sedekah, derma, hadiah, zakat, infaq, kebaikan,.. Different terms for different recipients. Asalkan dibantu orang yang susah, yang memerlukan. Susah itu bukan hanya terlihat dari fizikal nya yany papa kedana. Orang yg kaya pun ada kesusahannya. Semuanya elok dan sempurna digariskan di dalam Alquran. Tolong orang, ikut kapasiti kita.
.
Dan orang lain yg ditolong itu didahului dengan orang terdekat; ibu bapa, pasangan, anak anak, saudara mara, orang luar.. Orang yg meminta. Orang yang tidak meminta.
.
Tolong kerana memaksa diri bagus.. Itu proses dan diteruskan. Upgrade lah solat, di situ ada proses untuk kita bersihkan hati. Hingga kita tolong dari rasa ikhlas. Mahukan Allah semata..hingga sudah tiada sebab. Hanya mahu tolong..no worries, di peringkat mana pun kita, Allah setia bersama kita. Usah melihat saya tinggi ketika menulis ini. Kerana ternyata kita sama saja. Saya juga perlu pertolongan Allah.
.
Dalam proses itu kita BANYAK DITOLONG OLEH ALLAH. HINGGA APA JUA MASALAH DISELESAIKAN. ALLAH YANG KITA PERLUKAN SETIAP MASA. Dan Allah amat dekat dengan kita. Lebih dekat dari urat murih kita. Tak pernah berjarak. Bukan hanya ada di syurga destinasi yang kita rasakan amat jauh baru boleh kita merasai kewujudanNya. Ia adalah proses upgrade yakin kepadaNya.
.
Kerana apa jua kebaikan yang kita lakukan, ia berbalik kepada kita juga . Walaupun permulaannya macam merasuah. Ia adalah proses. Minta lagi pada Allah untuk dijaga niatnya.
.
Dan siap sedialah masuk ke dalam dunia yang penuh miracles. Hingga everything happens hanya untuk kita merasai kewujudanNya yang Maha Berkuasa..
.
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
.
hingga kita meyakini memang benar tiada tuhan selain Allah.
.
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Lailahaillallah
.
Hingga kita mula merasai amat benar apa yang Nabi Muhammad saw perjuangkan di dalam Alquran. Ternyata semua benar. Alquran adalah berita gembira kepada orang yang mempercayaiNya.
.
Muhammad Rasulullah.
.
Hingga kalimah syahadah benar benar sebati dalam diri. Untuk kita ready mati at anytime..
.
Jomkita baca alQuran dan explore kandungannya. Fahami dan amal. Jomkita! Bukan pasal kita suci kita pegang Alquran. Bukan pasal kita baik kita pegang Alquran.
Pasal kita nak Allah…
.
===========
Sekiranya anda dapat sesuatu dari message ini, silalah komen.
.
Ada banyak ayat Alquran yang saya masukkan dalam post ini. Cuba anda cari Reference nya. Dan jemput untuk komen.
.
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri