Skip to main content

BACKGROUND, EXPERIENCE DAN DIRI ANDA BERKAITAN DENGAN CARA MEMAHAMI ALQURAN

By October 23, 2018Blog, QURAN,

BACKGROUND, EXPERIENCE DAN DIRI ANDA BERKAITAN DENGAN CARA MEMAHAMI ALQURAN
.
Alquran perlu berguru. Dan kebiasaannya guru akan ajarkan teknikal Alquran. Bagus dan diteruskan..
.
Bila kita mahu memahami Alquran UNTUK DIRI SENDIRI.. Lihatlah ke dalam diri kita..
.
Background
Experience
Environment
Guru
Ilmu
Keluarga
.
Banyak kisah Alquran adalah dalam bentuk cerita dan ancaman. Kerana amygdala pusat emosi kita akan keluar kan emosi yang mempengaruhi ingatan. Ingatan yang terus melekat ke dalam pusat memori iaitu di hippocampus. Bahagian otak.
.
Alquran akan explore our hippocampus…tapi itu belum habis..Other parts, hati diperlukan. Yang ini perlu diutamakan. Kerana hati adalah modem yang connect kan kita dengan Allah. Subhanallah!
.
So bagaimana nak kaitkan?
Saya bagi contoh boleh ya..
.
Anda explore dulu your past experience. Kerana di situ adalah taqdir yang sudah terjadi.
.
Dulu kerja saya chartered accountant. Audit kerja accountant.
.
Dulu juga kerja adalah pensyarah perakaunan dan tax.
.
Dulu juga, kerja saya adalah researcher. Walaupun dalam bidang perakaunan, skill itu diguna pakai seumur hidup..
.
Kerja dulu membuatkan saya faham Alquran dalam dimensi audit diri. Dan bila sharing apa yang saya faham dari Alquran, saya guna bahasa yang orang faham. Hasil pengalaman lecturer.
.
Maka kerja saya sekarang adalah Audit Hidup orang ikut acuan Alquran. Pelbagai skill audit digunakan. Pelbagai skill mengajar (baca sharing) digunakan. Kerana sebarkan Alquran memerlukan kita memahami siapa audience kita. Tu cara saya yg amatur Alquran sebarkan Alquran atas kapasiti sekarang. SEMUANYA DENGAN BANTUAN ALLAH.
.
Bila personal coaching… Skill researcher itu pun digunakan sekali.. Perkara pertama sekali yg akan diaudit adalah SOLAT. Bagaimana quality solat memberi impak kepada kehidupan. Di akhirat nanti pun, solat no 1 yg dihisab kan. Allah lah yang Maha Memberi Ilham. Allahuakbar!
.
Bila saya study lagi… Rupanya, quality solat amat mempengaruhi TAUHID. significantly. Subhanallah!
.
Maka, tauhid itu yg utama perlu di perbetulkan. Barulah problems solve…bagaimana nak audit tauhid? Huh ini soalan bahaya! Sebab hanya Allah sahaja yg layak menilai..
.
Sebab tu saya minta izin client dulu…tujuan auditbtu pun hanya sekadar utk dapatkan action plan. Itu pun tetap kena cuci hati lepas audit. Kalau tak cuci? Memberi impak kepada hubungan dengan Alquran. Alquran kena cuci hati setiap kali baca. Begitu juga solat.
.
Dan saya dan suami juga adalah backpackers. Travellers. Sebulan on average 8 kali travel atas urusan kerja dan hobi. Maka, Quran reflection while travelling adalah perkara no 1 bila travel.
.
So Quranic haji journey bukanlah sesuatu yang baru…
.
Apa pun jua kerjaya anda… Anda ada fungsi dan misi khas yang Allah dah assign..SEMUANYA BOLEH MENYAMPAIKAN ALQURAN. ada rahsia besar di sebalik menyampaikan Alquran. Will discover when u really do it…
.
In shaa Allah
.
Hi! Saya Husna Haron. Salah seorang Guru saya adalah suami saya. Jangan dilihat appearance beliau yang rock and gangster. Hati beliau solid untuk Allah.
.
Salam perkenalan dari saya. Untuk ribuan followers baru.
.
So bagaimana background anda mempengaruhi kefahaman Alquran anda? Boleh share?
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

HusnaHaron

Leave a Reply