Post ini KHAS UTK ORANG SIBUK. yang tiada maid. Ada komitmen kewangan yang tinggi. Yang tiada masalah kewangan, boleh beli terus sahaja… Ia adalah investment masa ya..
HADIAH YANG ANDA PATUT REQUEST DARI SUAMI… Dan suami, jangan risau.. Bukan menurut sahaja…
.
1) Hadiah birthday seterusnya,
===> Periuk Noxxa
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
.
Boleh speed kan masa 5kali ganda. Sangat cepat, dan jimatkan masa. Contoh, masak lauk biasa ambil masa 30 minit. Dengan noxxa 5 minit je.. Satu hari, secara purata boleh jimat masa 1 jam dari masak…
.
PENJIMATAN MASA INI, adalah untuk isteri fokus AJAR ANAK DI RUMAH. ajar Alquran, ajar adab, ajar Homework, ajar sesuatu yang sekolah tak ajar. Ajar bagaimana persiapkan anak untuk menjadi anak yang soleh/solehah yang doakan ibubapa bila dah mati. Perlu train dari sekarang.
.
Minta lah dengan suami anda utk hadiah kan periuk noxxa atau yg seangkatan dengannya.. Suami menurut sahaja kah? Terpulang kepada anda. Saya cadangkan beri on reward basis… Kalau isteri mampu utk consistently ajar anak setiap hari 10 minit selama sebulan, baru beli. 😂😂😂
.
Tahukah anda.. Bila anda sefamily boleh masak sendiri 3kali makan setiap hari.. Penjimatan adalah sekitar rm600 sebulan! Yang utama, kita menyokong penuh EAT CLEAN. demi legasi anak anak bijak bermula dari makanan yang isteri masak. Isteri perlu ada ilmu pasal eat clean ya.
.
So penjimatan rm600 ni untuk apa? Simpan dulu untuk hadiah yang isteri anda akan request untuk seterusnya.
.
2) hadiah ulang tahun perkahwinan seterusnya
===> steam iron Phillips
.💠💠💠💠💠💠💠
.
Gosok pakaian guna iron biasa ambil masa sekitar 3 minit utk 1 baju. Dgn iron Philip ni, hanyalah 1 minit. Kalau 30 baju utk 1 family? Baju sekolah ada anak seminggu, baju kerja suami.. Baju isteri (paling banyak..) penjimatan seminggu adalah 2 jam.
.
Penjimatan masa 2 jam ini, saya cadangkan agar dijadikan masa untuk
– suami isteri dating tanpa anak (Kalau sanggup)
– satu family upgrade belajar Alquran
– satu family exercise sama sama. Nikmat badan perlu dijaga.
– dengan badan sihat, otak lebih produktif. Buat side income pun lebih mudah. In shaa Allah
.
Suami perlu menurut sahaja kah? Tak perlu pun.. Isteri anda memang kuat perkasa superwoman pun kalah. Anda memang bertuah! Kalau isteri
.
3) hadiah hari ibu seterusnya
===> pengering pakaian (dryer)
.
Percayalah.. Anda tidak perlu lagi menjemur dan angkat pakaian! Penjimatan masa sehari adalah 20 minit, seminggu dianggarkan sejam 40 minit!!!
.
Nak buat apa pula dengan penjimatan masa ni?
– study untuk fahami Alquran. Alquran kan peneman kubur.
– study untuk amal Alquran. Hidup penuh berkat.
– study untuk anda fokus kepada meningkatkan pendapatan.
– utk bawa family pergi taman, Jalan jalan tepi pantai..
– Melihat senyuman terindah dari isteri yang rasa dihargai 😍😍😍😍😍
.
4) hadiah sempena bulan Ramadan
.
==> dish washer (pembasuh pinggan mangkuk)
.
Ramadan, sepatutnya banyak baca AlQuran. Tapi biasanya ibu ibu ni banyak prepare makan pula. Utk buka puasa, moreh, sahur, anak yg tak puasa makan…
.
Dan bila Syawal, ramai orang datang rumah…
.
Penjimatan masa dianggarkan adalah 30 minit sehari. Atau 2 jam seminggu.
.
Penjimatan ini saya cadangkan digunakan untuk isteri duduk berhias, wangi wangi sambut suami. Dan senyum setiap kali dengar suami bercerita. Be the best…
.
😎😎😎😎😎😎😎😎😎
.
Apakah terlalu demanding permintaan di atas? TIDAK! ia adalah satu keperluan sekarang…
.
Ia bukan lagi isu mampu atau pun tidak..
Ia adalah isu keperluan.
.
Apakah hadiah yang terbaik dari segala di atas?
.
AJARI SEMUA AHLI KELUARGA untuk selalu membaca Alquran. Hingga masuk ke dalam dunia Alquran. SIDE EFFECTS BACA ALQURAN dengan cara yang benar adalah
1) side effects energetic. Tiada segala di atas pun tak apa
2) side effects keberkatan masa. Masa bergerak lambat. Tiada segala di atas pun tak apa
3) side effects hati tenang. Segala di atas boleh dilakukan dengan gembira
.
Tapi.. Kalau ada gadgets di atas dan ALQURAN?
.
SUBHANALLAH!
.
Banyak lagi yang saya dedahkan dalam seminar TimeREVAMP. Ini baru sebahagian kecil dari ilmu pengurusan masa level pertama. Ada 2 level lagi yg jauh lebih best.
.
Ya diizinkan untuk tag dan share… Sekiranya bermanfaat.