YouTube M.Nasir : Cermin Mimpi (sila klik)
Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna
Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih
Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati
Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi
http://www.lyrics.my/artists/m-nasir/lyrics/di-balik-cermin-mimpi
REVIEW
Suatu ketika dahulu, aku pernah cuba sedaya upaya untuk melarikan diri daripada realiti. Aku pernah anggap hidup di alam khayalan boleh menjanjikan kebahagiaan kerana realiti itu kejam. Segala orang yang melukai, mendesak dan ingin menguasai semua wujud di alam realiti. Mereka tidak akan pernah puas dengan apa yang sedia ada. Aku lebih suka hidup di alam khayalan kerana di situ, semua saling menyayangi, saling menghormati dan saling mengingati. Bila aku penat dengan realiti, aku akan cuba menyendiri.
Tapi itu semua dulu. Sekarang, aku mula sedar tak semua buruk di alam realiti. Kita cuma hanya perlu memerhati dengan lebih teliti.