Skip to main content

Huhhh? Smartphone punya lah canggih..

By March 9, 2017Blog, I - Ilmu, QURAN

Pakai untuk Call dan SMS sahaja????
=========
Biasakan jumpa situasi ni..biasanya orang tua lah. Mereka sebenarnya hebat. Tapi ‘diperlekehkan’ hanya sebab TIDAK TAHU guna Smartphone. Guna Smartphone dengan mindset telefon klasik .
.
Itu analogi sahaja…sebab tersangat ramai orang baca AlQuran seperti telefon klasik. Maka impaknya kita mudah stress dgn anak2.. Tension duit tak cukup.. Bengang dengan kerajaan.. Marah dengan takdir.. Solusi? Perlu terokai smartphone (alquran)
Bersambung di gambar 1 di bawah..

15871829_10154944430319533_4183679194437718295_n

Ramai orang guna Smartphone (alquran) Hanya utk Call (kumpul pahala shj) dan SMS (baca bertajwid) sedangkan kalau diteroka Smartphone (alquran) itu.. Terdapat terlalu banyak applications (alquran penuh mesej, petunjuk, peringatan dan penawar) yang boleh selesaikan masalah dalam kehidupan kita.

Sambung ke gambar 2..

15894831_10154944459564533_2857457408180741760_n

Setiap hari ada aja application baru dicipta (ilmu baru alquran yang kita boleh terokai bila kita belajar).. Yang akan buatkan kita lagi suka dan jatuh cinta dengan Smartphone (alquran).. Hingga tak mahu lekang dengan Smartphone (alquran)..
.
Bila guna Smartphone (alquran), kita Merasakan MASA kita dapat dijimatkan dengan sangat luar biasa. Kerana segalanya telah dipermudahkan… Tapi, kita tidak akan dapat segala kelebihan dan kebaikan itu sekiranya kita tidak terokai application (kelebihan alquran). Inilah message yang saya selalu tekankan di dalam seminar TimeREVAMP. Guna Smartphone berlebihan sebenarnya ia mengawal hidup kita.. Guna alquran berlebihan, Allah yang Maha Unlimited itu mengawal permudahkan hidup kita.
.
Bersambung di gambar ke tiga

15894808_10154944459589533_5034134401817535470_n

Best Smartphone sebab boleh auto correct apa yang kita type, yg most of time Buatkan kita bengang. Lagi best alquran sebab boleh membaca fikiran dan berikan penyelesaian..
– yang berikan penyelesaian bila kita STUCK dengan masalah anak2
– Yang memujuk bila kita down..
– Yang mendorong kita bila kita tiada kekuatan..
– Yang gembira kan kita bila kita buat bagus..
– Yang berikan pelbagai ideas bila kita berbisness
– yang berikan ideas Marketing bila kita buntu dgn cashflow
– Yang berikan Action plan bila kita lost..
– Yang positif kan diri kita bila kita dihurung pemikiran negatif
– Yang berikan peringatan bila kita buat salah
– Yang memudahkan urusan kita bila kita ada banyak kerja
– yang panjangkan masa bila kita sibuk
.
Membandingkan smartphone dengan alquran? Astaghfirullah.. Ia adalah perumpamaan yang tersangat-sangat merendahkan kemampuan alquran. Tapi sekiranya ia membantu kefahaman kita… I have to..

15871981_10154944459639533_1870250725483816644_n

Sekiranya Steve Jobs menjadi multi billionaire dan begitu ramai impress kerana mencipta Smartphone… Kenapa Allah yang mencipta kita dan berikan kalamNya Alquran, kita tidak mampu untuk impress dan menyatakan alhamdulillah yang lahir dari hati yang begitu syukur dan malu… Kerana terlalu banyak nikmat yang diberikan.
.
Apabila pemikiran kita dibentuk dan disogokkan dengan hanya menggunakan alquran utk kumpul pahala sahaja seperti telefon klasik CALL DAN SMS SAHAJA.. Kita sedang underestimate kehebatan alquran..
.
Jom kita sama-sama Upgrade kehebatan alquran
Alhamdulillah sudah baca, sudah bertajwid..
– Kita Sama2 fahami maksud apa yang kita baca, juga ada pahala..
– Kita Sama2 berfikir mendalami maksud ayat Quran, juga ada pahala..
– Kita Sama2 merenung alam untuk memahami alquran, juga ada pahala..
– kita Sama2 mencari action plan di dalam alquran utk Improve kehidupan kita, juga ada pahala..
– kita Sama2 bertindak dengan saranan alquran, juga ada pahala..
– kita Sama2 kagum setelah bertindak berinteraksi dgn alquran, juga ada pahala..
– kita Sama2 hafal ayat Quran supaya kita ingat mesej itu, juga ada pahala..
– kita Sama2 impress dengan Quran, dan kita sebarkan Share kan pada orang lain, juga ada pahala..

Alquran membimbing kita untuk bergantung kepada Allah yang Maha tidak Terbatas Unlimited.
Alquran menggerakkan kita untuk bertindak agar kita menjadi tenang dan sejahtera..
Alquran memberikan ketenangan kerana di dalam tenang itu kita lebih mudah untuk kenal Allah..
Alquran menolak kita untuk menjadi orang yang percaya kepada pencipta kita Allah.. Percaya dengan hati.. Yang membuahkan keimanan.. Menjadi mukmin..
.
Alquran luar biasa Yang menyebabkan kita mendapat SIDE effect “buat sikit, hasil banyak berganda. KEBERKATAN. masa yang berkat, rezeki berkat, hidup berkat.. Kerana limpah kasih sayang Allah.. Mencintai Nya..
.
ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
MasyaAllah… Subhanallah
Alhamdulillah.. Allahuakbar..
.
Pencinta alquran,
HusnaHaron
Coach Seminar TimeREVAMP,
Quranic Time Management and life balance
Productive at work, at home, happier life..

HusnaHaron

Leave a Reply