Skip to main content

Dulu ketika berusia 19 tahun..

By March 9, 2017Blog, Travel

Saya bersama 40 teman sekepala camping
Tukar haluan.. Setelah berjaya menawan 21 gunung dgn keringat dan air mata kegembiraan ..
Kami pergi holiday di sebuah pulau..
Menaiki boat biasa aje, bukan speed boat.
Sebab sebagai students.. Duit cukup cukup aje kan.
.
Maka Perjalanannya sangat lama..utk hiburkan diri.. Macam-macam topik bersembang..gelak ketawa..
Puas bersembang.. Yg lain semua tidur.. Perut lapar. Bosan. Duduk sorang-sorang di hujung boat.. Fikiran melayang berangan.. “Best nya sampai pulau tu nanti.. Airnya yg jernih..snorkeling.. Coral.. Ikan yg berwarna warni.. Makan sedap…
.
Tengok pemandangan lautan luas..merenung alam. Di tengah lautan segalanya sama aja. Langit-alunan air laut-angin. Namun, Message dari laut berbeza-beza.. Ilham datang mencurah ketika tenang.
.
Bila tiba di destinasi… Pulau yg ditunggu dlm perjalanan yg berjam-jam itu.. Perkataan yg keluar dari mulut saya adalah “jauh punya travel.. Mcm ni je view nya?? Langsung tak cantik! Jauh lagi cantik pulau redang, Pulau kapas.. Pulau perhentian.. Frust lah!”
.
Kata-kata saya didengari oleh seseorang.. Dan kata beliau… “bukan! Bila travel.. Bukan destinasi terakhir tu sahaja yg kita mahu..Malahan, ‘Perjalanan menuju ke destinasi’ itu adalah sebahagian daripada destinasi. Apa sahaja yang kita dapat sepanjang perjalanan adalah ilmu.. Adalah anugerah.. Adalah Message.. Adalah pelajaran berharga. Kalau kita buka mata.. Buka fikiran… Buka pintu hati..
.
Kalau ko faham travelling tu apa.. Ko faham apa yg aku katakan ni.. Ko pergi lah mana-mana Kat ceruk dunia ni.. Ko pasti akan jatuh cinta…
.
========

Ya.. Teramat benar.. Sungguh benar..
Hingga kini… Selama 15 tahun selepas itu (dan In shaa Allah selamanya).. Kami tetap Travel and camping almost every week.
.
Dunia adalah kitab terbesar..
Alquran adalah Summary nya..
Yang buatkan aku jatuh cinta berkali-kali kepada Pencipta dunia ini..
.
Saya mahu ke destinasi terindah di sana…
Yang paling indah… Moment yang paling abadi..
Dan pendaki ini tetap meneruskan pendakian…
Alquran akan terus menjadi kompas…
In shaa Allah

15871651_10154940514304533_5105953141535269918_n
15823599_10154940514544533_502847533982378389_n
15823590_10154940514699533_7416067329087550230_n

HusnaHaron

Leave a Reply