Skip to main content

GOLDEN DREAM ANDA.. APA KAITAN DENGAN ALQURAN ATAU HANYA DISIBUKKAN

By October 12, 2018Blog, Kisah Inspirasi

GOLDEN DREAM ANDA..
APA KAITAN DENGAN ALQURAN ATAU HANYA DISIBUKKAN
.
setiap hari saya dengar ulasan game bola dari suami Ubai Ambiah. Boleh kata semua game world Cup beliau tonton. Memandangkan beliau adalah sportsman, ulasan beliau sungguh strategist! Hingga kan saya juga bersorak! Apakah orang sekeliling anda (dan anda sendiri) juga layan bola??
.
Apa bila study alquran.. Kita umpama berada Di dalam game bola. Untuk capai golden dream. Bayangkan golden dream anda ya… Bagaimana? OK let’s play the game!
.
Saya pecahkan kepada beberapa Parts ya.. Perlu Di ingatkan fokus anda ketika membaca alquran adalah DIRI ANDA SAHAJA. bukan kisah nabi. Bukan kisah tajwid..bukan pasal nak khatam. OK?
.
=============
Dalam semua game bola.. Semua orang nak menang! Dalam world Cup.. Negara yang berjaya masuk automatic dapat USD8 juta.. Belum main dah dapat duit! Tak kira kalah atau menang.
.
Dalam konteks life kita? Masuk Syurga atau neraka tu tolak tepi dulu. Kita SUDAH DI BERIKAN NIKMAT YANG CUKUP SETIAP MASA. (surah azzumar) kalau tak cukup.. Itu ada tanda bahawa kita zalim. Meletakkan sesuatu bukan pada tempat nya. SITUASI ini akan mempengaruhi connection kita dengan Allah. Sebab tu doa para nabi dalam alquran semua nya.. “ampun ya Allah, aku menzalimi diri”…
.
Ada 32 Negara yg masuk world Cup. Yang menarik perhatian saya adalah Iceland. Cuma ada 320,000 penduduk. pemain terdiri daripada Doktor, nelayan, petani ffuhhh. boleh berlatih pada waktu musim panas sahaja!!! dan mereka layak masuk world cup mewakili region utara!
.
maka, di sini..tidak kisah siapa kita. semuanya Allah teramat adil memberikan kita EQUAL CHANCES untuk kembali kepadaNya spiritually ketika di dunia lagi. Sebenarnya alquran teramat Banyak melihat kepada DIRI KITA, SITUASI KITA, IMPIAN KITA, PROBLEM KITA… Ini yang utama.. Part A.
.
Di dalam pembacaan itu.. Kita harus letakkan part A itu dalam 1 timeline (Part B) . Timeline itu adalah KEHIDUPAN KITA. KEHIDUPAN yang berpaksikan ayat alquran yang ini
.
B1) “dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan”. Bermakna GOAL UTAMA KITA ADALAH UNTUK SETIAP MASA BERSAMA ALLAH. sebab Allah je yang ada peta, GPS, guidance untuk kita kembali kepadaNya. Untuk itu, perlu kita pastikan connection kita Di upgrade umpama smartphone ada WiFi yang bagus setiap masa. yang menghubungkan smartphone dengan wifi adalah pada alat yang bernama modem. Umpama smartphone, modem diri kita yang menghubungkan diri kita dan Allah adalah JANTUNG HATI. sebab itu ia perlu sentiasa di cuci dan DI AUDIT CUCIAN..
.
B2) Maka dalam konteks KEHIDUPAN harian kat dunia ni.. Yang buatkan connection jantung hati itu bagus :-
– pahala; aktiviti yang menyebabkan dapat pahala akan mempengaruhi connection yang bagus. Ia dipengaruhi oleh Akal yang dikuasai oleh roh. Guidance? Islam; cara hidup yang sempurna.. RASAI KEWUJUDAN ALLAH SETIAP MASA DI DALAM KEHIDUPAN KITA.
.
– dosa; aktiviti yang menyebabkan dapat dosa akan mempengaruhi connection yang makin merosot. Ia dipengaruhi oleh akal yang dikuasai oleh Nafsu Serakah, fizikal yang membelenggu potensi spiritual. Cara nak kawal? salah satunya adalah Puasa YANG DIAUDIT.
.
semakin nampak kan apa fungsi dosa pahala kan? ingat Allah hegeh sangat pada kita nak minta kita buat segala yang pahala? Dosa pahala inilah yang mempengaruhi TAKWA. rasa nak bersama dengan Allah setiap masa. yang membuatkan kita rasa nak buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang.
.
dalam konteks inilah, kita perlu SETIAP MASA AUDIT LIFE kita berlandaskan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan. DRAMA KEHIDUPAN KITA HARI HARI MEMBERITAHU “APA KHABAR JANTUNG HATI KITA”. situasi ini menyebabkan hati dibolak balikkan… ia memberi impak kepada iman turun, iman naik. Apa nak buat masa Iman Naik? dan berapa lama nak layan iman turun? Segalanya diceritakan dengan sempurna di dalam alquran.
.
Jantung hati ini adalah DUNIA DALAMAN KITA yang mempengaruhi DUNIA LUARAN KITA. (praktikal surah al hajj 22: 32).
.
Bagaimana kita PANDU DUNIA DALAMAN kita, mempengaruhi drama dunia luaran kita! Dunia luaran ini sebenarnya adalah yin and yang, yang setiap masa menolak dan menarik diri kita agar SeTIAP MASA bersama dengan Allah. Sama ada secara rela atau paksaan, (praktikal surah Ar-Ra’d 13: 15)
.
maka, ia bukan pasal rezeki banyak itu bagus atau rezeki sedikit itu tak bagus. ia adalah perihal bagaimana MELALUI REZEKI, kita lebih upgrade hubungan dengan Allah.
.
Maka, ia bukan pasal anak dengar kata itu bagus atau anak degil itu tak bagus. ia adalah perihal bagaimana MELALUI ANAK, kita lebih upgrade hubungan dengan Allah.
.
kerana most of the time, manusia disibukkan dengan mengejar harta (kerjaya) dan anak. inilah yang dinyatakan di dalam surah Al-Munaafiquun 63 : 9,
.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
.
Hatta kita sudah melakukan aktiviti ritual solat, baca alquran dan zikir…sekiranya kita TIDAK audit life kita..maka, kita hanya berjalan straight tanpa belok ke kanan atau ke kiri.. tanpa mengetahui destinasi. KERJA Allah yang memberikan dosa pahala. namun, usaha tetap ada pada diri kita.
.
bila drama rezeki sempit, apa khabar hati kita?
bila drama anak berjaya dalam exam, apa khabar hati kita?
bila drama badan makin kurang cantik, apa khabar hati kita?
.
hingga satu ketika, kita akan discover bahawa tiada apa yang Allah jadikan sia sia…
.
umpama bermain bola, bola terkadang berada pada team kita (iman naik). terkadang dirampas oleh lawan (iman turun). terkadang kena kad kuning,kad merah (peringatan) hingga dapat sepakan penalti yang menyebabkan dapat goal.
.
terkadang kita merasakan “Allah tidak adil”. problem datang bertimpa timpa. Bukan! Kita sedang ditarik dengan paksaan. Ketika Jepun melawan Senegal, perlawanan amat mendebarkan. Senegal bermain kasar secara professional. Tetap gamenya Seri!
.
Di dalam perlawanan England Vs Panama, england menang bergaya 6-1 dengan Harry Kane (england) scores a hat trick.
ada orang perjalanan hidup nya versi macam ini.
.
ada orang bergelumang kow kow…
Brazil vs Costa Rica masing masing score Kosong goal hingga habis 90 minit. Namun, detik terakhir dalam masa tambahan Brazil dapat 2 goal dan menang.
.
sama dalam life kita…ending yang bagus yang kita mahukan. hingga diganjari Syurga. Kerana sepanjang perjalanan hidup, kita bersama dengan Allah. Rasai connection bersama denganNya. Allah pencipta Kita, Allah juga yang menciptakan Syurga. Allah tahu semuanya. ending yang bagus itu bak kata Surah Adh Dhuha 93:4
.
” Sesungguhnya, kesudahan itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan”
.
Bola sepak, mudah. ada masa 90 minit. Tambahan perhaps 4-8 minit.
.
Life kita??? WAKTU Mati yang dirahsiakan itu menyebabkan kita perlu setiap masa READY UNTUK MATI AT ANYTIME. yang sebabkan kita perlu jaga connection dengan Allah setiap masa.
.
ATAU KITA HANYA MAHU DISIBUKKAN?? dunia diperlukan untuk menuju akhirat. bukan ditinggalkan. Apa yang kita lakukan di dunia menentukan result akhirat. untuk itu, kita perlu lah ada guru. guru yang “sampai” kepada Allah adalah Nabi Muhammad S.A.W, para nabi dan rasul. Ia diceritakan di dalam alquran. Maka, perlu ada guru iaitu Part C.
.
PART C
kalau main bola ada coach kan? sama, alquran PERLU BERGURU!!!!! dan tahukah anda alquran ada 18 cabang utama? apa yang buatkan kita nak berguru? sebab kita perlukan Allah. ALLAH MAHA GURU KITA. guru alquran yang lain hanyalah makhluk Allah yang menemukan kita dengan MAHA GURU. MAHA GURU Yang sudah setia setiap masa dengan kita. Lebih dekat dari urat murih kita. Cuma bila kita disibukkan, kita tidak ‘nampak’ YANG MAHA DEKAT itu..
.
so!
.
bagaimana untuk restart hidup?
bagaimana untuk jaga connection dengan Allah sedangkan setiap masa perlu bekerja untuk setelkan komitmen kewangan? family lagi? tiada masa untuk study alquran..
.
Itulah FULL TIMEREVAMP. saya kongsikan selama 3 hari. untuk kita ready untuk mati at anytime. Sebelum mati, mahu temui sesuatu yang teramat berharga. iaitu CINTA ALLAH..sehingga tak pandang apa dah selain Allah. dan kemaruk bercinta denganNya melalui kata kataNya iaitu Alquran. in shaa Allah.
.sekiranya
Coz SUDDEN DEATH can happen at any time! kita perlu prepare kematian kita. Moga ada ruang Di Syurga untuk kita. Definitely ada! In Shaa Allah…..
.
cuba check… pembacaan quran kita berada pada bahagian mana? most people berada pada bahagian c. 1/18 itu. tiada part A dan B. part C praktikal kurang jelas..
.
no worries.. selagi belum mati, selagi tu lah kita belum terlambat. kita masih ada masa tambahan. itu tanggungjawab saya orang yang tahu dan masih jahil ini untuk menyampaikan. maaf ya..lambat menyampaikan…
.
like love sekiranya anda baca sampai ke peringkat ini. u are the best!
.
❤️❤️❤️❤️❤️
Jomkita! Sama sama hidup dalam Alquran dan bercinta dengan Allah..
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle

Sekiranya post ini bermanfaat.. Ya diizinkan untuk share 😊😊

HusnaHaron

Leave a Reply