baru habis morning workout. Kat luar sejuk sangat. Gym pula masih berkunci. Lantas, saya turun naik tangga aja.. Sampai “keras” kaki hehehe.. Kononnya, mahu ambil nafas segar di luar.. Tiba tiba ternampak bunga bunga cantik ini.. Subhanallah..maka kita berposing dulu lah..
.
Dalam Alquran.. Terlalu banyak ayat yg Allah berbicara kepada ROH. Jantung hati pula perlu sentiasa dibersihkan. Segala peringatan, ancaman memberi rasa gerun di jantung hati.. Segala keindahan, kedamaian syurga memberi rasa bahagia di jantung hati..sehingga, apabila mendengar nama Allah.. Hati menjadi gerun gementar . Apakah kita sudah rasa gerun itu?
.
1- kafir Ingkar juga gerun, kerana persekutukan Allah (Al imran 3:151)
.
2- Yg tunduk taat dan beriman kepada Allah ; juga gerun (alhajj 22:35)
.
Kita gerun sebab no 1 atau 2? Atau tiada perasaan gerun langsung?
.
Maka, ayuh kita baca AlQuran utk fokus kepada roh. Roh yg akan kembali kepada Allah. Fizikal ditinggalkan. Namun, harus ingat.. Roh itu di dalam fizikal. Tetap kita dipertanggungjawabkan. Maka, ayuh kita jaga KESIHATAN.. Exercise lah…jagalah makan!
.
Bak kata Dr Otak.. Dr Rizal Abu Bakar…. 5 perkara ini slow kan otak.. Slow kan body efficiency..
1) nasi putih
2) gula putih
3) tepung putih
4) perasa
5) pewarna
.
Malahan, di dalam Seminar Alquran dan Sains, puan Sallina Ismail , terangkan secara sains bagaimana makanan halal (sebenar benar halal, bukan takat logo) mempengaruhi DNA.. Dan kemampuan mengenal Allah..u will be blown away with her findings! Subhanallah.. Allahuakbar..
.
Perut adalah otak ke tiga selepas jantung dan otak.
Utk memahami Alquran, jantung perlu sihat. Otak perlu sihat.. Perut juga perlu sihat!
.
Kita aja yg asyik melayan nafsu serakah kerana KEINGINAN MAKAN YANG MACAM MACAM.. sedangkan makanan, makanan membawa kita jauh dari Allah.. Trust me, 95% makanan sudah tidak lagi bagus..
.
Inilah yg Allah.. Terangkan di dalam surah al baqarah 2:168
.
“wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yg halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”
.
Subhanallah… Saya amat bersyukur.. Dalam weight loss journey ini.. Pelbagai ayat Alquran yg saya study.. Kurus atau tidak, itu ketentuan Allah..
.
Sekurangnya, misi kurus ini ditunggang utk lebih mengenal diri.. Lantas mengenal Allah…
.
Allahuakbar!
.
Apakah tindakan anda? Follow rapat rapat 3 nama ini utk memahami apakah sebenarnya THE REAL FOOD.
.
1) DrRizal Abu Bakar Pakar Otak
2) Dr Nor Azima Mohd Razalli Pakar saluran Darah
3) Dr Mizam Baha Pakar usus
.
Lepas follow.. Baca sharing mereka, MAKE SURE KITA SAMA SAMA AMALKAN! AMAL! AMAL!
.
takat baca, tiada amal.. Tak ke mana de! Jom kita!