Skip to main content

PERNAH RASA DUNIA NI BEST??

By February 19, 2018July 13th, 2018Blog, S - Spiritual

Tiada dalam perancangan langsung utk sampai ke sini. Pasti apa yg kami rancang tiada di dalam takdir sempurna yg Allah tentukan. Baru kecewa 5 saat dgn de tour ini, tiba tiba teringat surah al baqarah 2:216, Kami pasti Allah pasti berikan yg lebih baik, sesuatu yg kami tak tahu dalam perancanganNya. Yg pasti DESIGN ALLAH DESIGN SEMPURNA… Subhanallah…Astaghfirullahalazim kerana ter buruk sangka 5 saat..
.
Iternery dan pakaian yg kami rancang semuanya berubah..ermmmm.. Tiba tiba teringat ayat Alquran
.
Dalam Alquran, ada 16 ayat yang menceritakan tentang dorongan untuk mengembara atau travelling.. Consistent pula, ayat selepas pengembaraan itu adalah untuk kita perhatikan KESUDAHAN APA YG BERLAKU Kepada orang terdahulu..
.
In shaa Allah #QuranicTravel kali ni berubah tema kepada 16 ayat ini. Belum tahu apa yg akan berlaku… Dan apakah message Alquran dari bumi Allah di sini..
.
Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, saujana mata memandang melihat sawah padi yg sungguh hijau… Subhanallah… Rupa rupanya saya tersilap. Itu adalah ladang bunga yg belum berbunga. Sampai ke hadapan lagi, ternampak lah ladang yg sudah berbunga. Bunga untuk penghasilan minyak..
.
Special bunga ni, hingga dalam Alquran ada 6 kali diceritakan.. Dan saya terpaut dengan message Yunus 10:24… Message utama nya.. No matter how wonderful the world is, IT IS JUST TEMPORARY. akhirat yg kekal. rasa tertampar lah juga sebab tengah asyik dibuai nikmat dunia..
.
Astaghfirullahalazim… Sungguh cepat Alquran hantar peringatan…
.
Lantas, saya petik beberapa bunga utk ditunjukkan kepada ammar dan allana utk #quranicParenting.
.
Nanti ya saya Share lagi..
.
Anda berminat nak tahu lagi pasal Quranic Travelling ni? Set see first #HusnaHaron in shaa Allah…
.

HusnaHaron

Leave a Reply