Dulu.. Saya tinggal di Dubai. Di sana, Ramadan disambut kow kow dengan bacaan Alquran. Banner sana sini Welcoming Ramadan. Hari raya mmg disambut namun jauh tidak meriah… Ketika menunaikan umrah Ramadan juga sama.. Terlalu banyak org bersedekah. Datang aja raya.. Biasa aja..
.
Di Malaysia.. Kita meraikan ukhwah.. Silaturahim.. Memang meriah.. Ramadan meriah.. Raya juga meriah… Memang Best Malaysia ni..
.
Utk tahun2 yg lepas apabila saya audit diri.. Ada 1 sahaja yg rugi.. Rugi besar.. Rugi melampau. Saya melihat diri saya.
.
Ramadan saya Marathon beribadat dan kawal nafsu..
Bila raya, nafsu bermaharajalela lebih kalah dari Ramadan..
Dgn makan, melantak, nak show-off baju raya, nak Show off bagi duit raya banyak…
.
Apakah ingat Allah hanya Ramadan?
Apakah ibadah yg dilakukan sekadar memancing pahala? Dan syurga.. Ibadah adalah Lifestyle. Kerana islam. Itu adalah satu gaya hidup. Islam di dalam kehidupan.. Yang sebab kan kita menjemput pelbagai rahmat kasih sayang, kesenangan hidup, hati tenang dan bahagia.. KERANA YG KITA MAHU ADALAH ALLAH.. Membaca alquran setiap hari hati tenang.. Solat Extra setiap hari hati tenang …zikir setiap masa.. Hati tenang.. Kerana dengan mengingat Allah, hati jadi tenang… Tenang itu adalah SIDE EFFECTS. Saya merasakan saya perlu perhalusi niat..
.
Maka, Ramadan yg sebulan itu adalah latihan Marathon agar 11 bulan yg lain kita meneruskan habit yg sama..
mengenangkan Ramadan yg lepas – lepas saya berjaya dan sangat berjaya… Ternyata yang buatkan ia tidak berjaya diteruskan adalah kerana Syawal, nafsu mula seolah olah balas dendam.. Fail nya di situ..
.
Bukan salah rendang ketupat.. Bukan salah Open House, bukan salah Malaysia puasa sebulan, raya sebulan, bukan salah sape2.. Rupanya salah saya sendiri yang gagal kawal diri..namun,islam.itu indah.. Ada puasa 6 masa Syawal… Ternyata, niat yg awal itu harus diperhalusi..
.
Ramadan kali ini Special… Maka saya mulakan habit utk Ramadan dari minggu lepas lagi.. Semoga Ramadan akan lebih diperkukuhkan.. Cabaran adalah bulan Syawal..
.
Maka, saya sedang meletakkan sasaran Ramadan.. Jom sama sama…