Skip to main content

UNTUNGLAH ORANG PANDAI BAHASA ARAB YANG TAK PANDAI TAK UNTUNG KE??

By October 23, 2018Blog, Kisah Inspirasi, QURAN

UNTUNGLAH ORANG PANDAI BAHASA ARAB
YANG TAK PANDAI TAK UNTUNG KE??

Sedang baca alQuran di sini, tiba tiba ada seorang auntie menyambung bacaan saya.. Saya memandang beliau..
.
Auntie : min aina anti…..==1&&1+4_1 =/
(tak tahu sangat dia cakap apa. Tapi maksudnya kamu dari mana dan siapa ajar quran kepada kamu)
.
Husna : min malaysia, abi wa ummi wa asatizah.
(dari Malaysia. abah, ma, guru guru..(betul kot saya cakap))
.
Auntie : limaza anti & +@/)41_1+
(kenapa kamu suka baca AlQuran?)
.
Husna : (aduh! Ada 1000 jawapan. Tapi batas bahasa. Lantas gunalah google translate. 😂😂😂)
.
Rupanya.. Auntie kat sebelah tu pandai cakap Inggeris..
.
Tahukah anda? Mereka cakap..
Kami memang pandai cakap arab. Tapi kami pun tak faham macam para ulama. Sebab kalau baca macam novel, susah nak faham. Bahasa tinggi.
.
Mereka kata lagi..
.
Secara bahasanya, ya kami lebih faham. Tapi kefahaman itu diberikan kepada orang yang mahu. Dan Allah yang beri kefahaman itu. Walaupun tak pandai bahasa arab..🤔
.
======
.
Memang perlu belajar bahasa arab. Tapi lebih perlu untuk MAHU FAHAM ISI KANDUNGAN ITU DULU. Kerana isi nya membawa kita kepada Allah.. Dan saya amat percaya, setiap ayat Alquran mempunyai begitu banyak maksud tersirat. Yang kita boleh fahami dengan berguru.
.
Terkadang, kita perlu realistik. Tidak perlu pelajari segala ilmu Alquran sekaligus. Belajar sikit, amal banyak. Belajar lagi.. Amal banyak lagi..
.
Sebab tunggu faham segalanya, baru nak beramal… Jawabnya mati pun belum tentu beramal. Sedangkan kita perlu setiap masa kembali kepada Allah. Itulah asas taubat..
.
Bagaimana nak amal Alquran? cari ilmu dengan berguru. Guru Alquran yang amal Alquran.. Yang saya recommend adalah ustazah Afeefah Zainal beliau pensyarah bahasa arab di UIA. Kelas Amazing Quranic Language, belajar bahasa arab versi Quran. Sungguh mudah. Yang kita belajar masa sekolah, University bertahun tahun itu untuk komunikasi. Ilmunya amat bagus. Tapi kalau tak cakap arab, termendap lah ilmu itu.
.
Bezanya kelas AQL ni, silibus yang dipermudahkan khas untuk Versi Quran. Saya berharap agar kementerian pendidikan fokus kepada yang ini utk peringkat sekolah. Agar Alquran boleh diamalkan sampai bila bila. Bukan sekadar untuk exam. In shaa Allah.
.
Memanglah untung orang yang pandai bahasa arab. Tapi tidak berat sebelah pun bagi orang yang belum pandai bahasa arab. Sebab yang utama yg kita perlu BERKEHENDAK MAHUKAN ALLAH.
.
Aal-e-Imran 3:138

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
.
ALLAH BAGI KEFAHAMAN KEPADA ORANG YANG MAHU.. Bukan kah Allah itu Maha Adil? Dan mahu itu tidak cukup dengan hanya lafaz di bibir. Ia perlu diusahakan. Tahniah kerana anda berusaha dengan memiliki quran terjemahan dan mencuba untuk faham dan amal ..
.
Allahuakbar!
.
Anda dapat sesuatu dari post ini?
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri

HusnaHaron

Leave a Reply