Skip to main content

TOP 5, SOALAN YG SELALU SAYA TERIMA PASAL QURAN

By January 13, 2017Blog, QURAN

1- πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹boleh ke baca terjemahan?
Takutlah.. Nanti tersilap faham
.
πŸ˜‡πŸ˜‡ permulaan sekali adalah, letakkan KEYAKINAN DGN HATI PADA ALLAH bahawa Allah yg memberikan kefahaman secara direct kepada kita. Sekiranya tidak faham, itu adalah normal.. Teruskan rujuk kepada tafsir.. Ada banyak Free Apps. Doa pada Allah agar dipertemukan dengan orang yg lebih arif utk explain..maka, pastikan diri kita dikelilingi oleh ilmuwan quran. (bersambung ke soalan 4). Pilih guru yg kita rasa mudah faham dgn level kita ni.
.

2- πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹mcm mana nak tadabbur quran? Kita boleh simply tadabbur ke?
πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ Tafsir, yg tak boleh kerana ia memerlukan pelbagai disiplin ilmu. Pelajari tafsir itu lebih bagus! Bila mahu tadabbur.. Cuba tanya diri.. “apa kaitan ayat ni dengan diri aku.. Bagaimana nak amalkan ayat ni DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN AKU”… Di samping tambahkan ilmu bagaimana mahu tadabbur.
.
KITA AKAN HARGAI QURAN BILA KITA TADABBUR. merasa bahawa setiap ayat Quran itu, utk diri kita.. Bukan sekadar cerita sejarah.. Jangan cari sumber ilmu di Facebook pula. Tak de org nak citer panjang2 di sini. Walaupun ada ramai org Share.
.
3- πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹pegang quran terjemahan kena berwuduk kan?
πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡Tak perlu. Namun, Impact lebih luar biasa sekiranya kita berwuduk. Ia mempengaruhi kefahaman, dan proses menjiwai ayat Quran.
.
4- πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹saya ada hati mahu tadabbur alquran. Tapi saya x de masa nak pergi seminar pasal Quran. Mcm mana ya?
πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ Sekiranya kita serius dgn Allah.. Dan KalamNya, maka kita harus blok schedule utk belajar. Takkan lah hanya disebabkan kenduri, anak tuisyen, nak kemas rumah.. Utk ini, sila Revamp masa anda. Dlm elearning formulamasa ada saya kongsikan. Takkan Kita mahu korbankan ilmu PETUNJUK dariNya.
.
By the way.. Tetap ada pelbagai alternatif….. Ada banyak buku, YouTube videos daripada Mufti, ustaz dan ilmuwan quran. Walaupun kurang keberkatan disebabkan tidak hadir secara fizikal… But at least, Ilmu itu tetap boleh dipelajari… Boleh Download dan dengar dalam kereta.
.
5- πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹Kalau bawa quran dlm handbag, kalau ke toilet macam mana?
.
πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ Jangan risau.. Tinggalkan aja quran di luar.. Di tempat yg bersih, selamat dan tinggi. QURAN NI HARTA KARUN yg tak de orang nak curi.
.
Sila tambah kan pendapat anda di ruangan Comment.

HusnaHaron

Leave a Reply