Skip to main content

TIPS SEDEKAH NI AMAT MUDAH UTK DIAMALKAN..

.
Kerana mungkin esok saya mati… Maka..
.
Mama : Ammar, mama nak hadiah! (tahu anak ada duit raya banyak)Β πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Allana : allana nak bagi juga!
Mama : mama nak ni! (dengan muka mengada)
Ammar : ok! Nak berapa? (amboi! Gaya abahnya ni Ubai Ambiah)
Mama : nak bagi berapa?
Allana : 7!
Ammar : 8!…. Berapa total mama? Jangan banyak sangat. Ammar nak beli mainan.
Mama : pen 10 color yg ammar bagi hari tu.. Setahun pun tak habis lagi.
Ammar : yer lah.. Mama buat garis Alquran je…
Mama : mama nak 2 dari ammar, 2 dari allana tau. Rm7 seorang.
.
Mama : duit raya tu.. Ingat tau.. 1/4 sedekah, 1/4 saving & invest, 1/4 beli buku/komik, 1/4 mainan. Ok?
.
Allana : yang mama, masuk bahagian mana?
Mama : dalam sedekah tu ada semua…
.
Utk mama namanya hadiah
Utk anak yatim namanya sedekah
Utk beli barang masjid namanya wakaf
.
Sedekah tu ada turutan yg Allah suggest dalam Alquran.. Sebab tu mama minta dari korang. Mama nak belikan wallet utk tokki, dual usb utk tokma, madu special utk embah….ni ikut turutan ayat Al-Baqarah 2:215.
.
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”
.
Ingat tau… Apa pun rezeki yg kita dapat, ada bahagian utk orang lain. The more we give, the more Allah sayang ok… Ar-Rum 30:39
.
” Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.”
.
P/s kerana saya mungkin mati esok.. Saya mahu anak anak amalkan dahulu apa yang boleh diamalkan dahulu dari sekarang. By the way.. Bukan hadiah sahaja, tolong parents buat kerja rumah, make parents happy pun perlu didedahkan dalam konteks Alquran.
.
Permulaan nampak mcm minta.. Ia adalah proces seumur hidup. Simple macam ni pun train juga.. Tanpa sedar, bila kita train anak untuk bersedekah, kita juga akan rajin bersedekah. In shaa Allah
.
So nak hadiah apa?Β πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
❀️❀️❀️❀️❀️
Jomkita! Sama sama hidup dalam Alquran dan bercinta dengan Allah..
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle

Sekiranya post ini bermanfaat.. Ya diizinkan untuk share 😊😊

HusnaHaron

Leave a Reply