SUSU, CERMIN DAN HATI
.
pagi tadi.. Saya singgah di kedai runcit. Minta Allana belikan susu.. Saya berikan duit RM10. Allana dalam mode latihan shopping & Matematik.
.
Semasa menunggu dalam kereta, saya ulang hafazan surah al mulk. Tiba tiba allana datang beritahu duit tidak cukup.
.
Mama : ha? Tak cukup? Allana beli apa lagi?
Allana : susu lah. 2 kotak.
Mama : eh cukup lah!
Allana : (terpinga pinga dan keliru. Mama kata cukup. Tuan kedai kata tak cukup)
.
Tiba tiba tuan kedai datang ke kereta saya.. Bawakan susu dan duit baki..
.
Husna : kenapa tadi kata tak cukup? Jangan tipu budak lah..
Tuan kedai : maaf ya.. Saya keliru tadi
.
Sepanjang perjalanan hantar allana ke sekolah, surah al mulk bermain seolah menghentam diri saya..
.
Hati sedang kotor. Maka, respon nya adalah penuh dengan prasangka. Walaupun mungkin benar allana ditipu. Mungkin juga benar tuan kedai sedang keliru.
.
Praktikal ayat Al-Hajj 22:32, begitu banyakkkkkkkk dalam kehidupan harian kita. Apa yang berlaku dan RESPON kita mencerminkan keadaan jantung hati kita…
Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.
.
Ini baru satu contoh situasi. Bagaimana situasi yang lain??
.
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
Astaghfirullahalazim
.
Apa yang berlaku di luar mencerminkan apa yang di dalam hati..
.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
.
In shaa Allah timerevamp di Terengganu lusa, akan saya kongsikan lagi praktikal Alquran dalam kehidupan… Ini sebenarnya adalah situasi yang menunjukkan TAK CUKUP MASA.
.
Value Alquran akan nampak lebih terserlah bila kita kaitkan dengan kehidupan kita. Kerana Allah turunkan Alquran untuk semua umat manusia. Bukan hanya untuk Nabi Muhammad S.A.W.
.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
.
Tak cukup masa kita tu sebenarnya mencerminkan banyak perkara. Yang utama adalah apa khabar connection kita dengan Allah.