Skip to main content

SEGALANYA BINI BUAT. SUAMI KERJA 

By February 21, 2018A - Anak & Suami, Blog

SEGALANYA BINI BUAT. SUAMI KERJA
.
Ops! konflik antara budaya dan Alquran. Budaya turun temurun yg anda ikuti yg mencengkam diri. Apakah ada di dalam diri keluarga kita. (jgn simply judge family orang lain ya)
.
Ok.. Begini maksud saya.. Job scope by default di dalam family ikut budaya seperti berikut. Cuba check.
.
1- suami bekerja. Cari pendapatan utk sara keluarga
2- isteri yg uruskan rumahtangga dan jaga anak anak. Zaman dulu dulu isteri tak bekerja
3- isteri ada ‘kuasa’ dalam bab parenting. Anak lebih dengar cakap ibu kerana sudah biasa.
4- bapa bercakap bila perlu sahaja. Sekali cakap anak gerun/respect. Friendship between ayah dgn anak? Tidak diketahui.
.
Apa pula kata Alquran?
Lebih banyak perbualan di rakam di antara bapa dan anak. Dgn ayah 14x, dgn ibu 2x, 1x tidak dinyatakan. Inilah #savingfamilies #rumahngaji
.
Jom kita audit.. Dalam family kita mcm mana?
.
Ah haaaa…..
– isteri pun bekerja malah buat side income
– isteri juga uruskan rumahtangga
– isteri masak, lipat 5 gunung baju
– isteri jaga anak, tengok homework, ajar
.
Suami bekerja.. Bekerja.. Dan uruskan rumahtangga juga. Jadi assistant. Tapi bukan semua family mcm ni ya. Ada family, suami yg penggerak.
.
Persoalannya… Bagaimana mahu berubah dari setting budaya kepada Setting Quran. Yg mana suami lebih ke hadapan bab parenting.
.
Pada pendapat saya.. SUAMI TIDAK HARUS DIPERSALAHKAN TERUS. Job scope tak clear. Tidak pernah di Upgrade. ISTERI PULA tanpa sedar ‘tak percaya’ suami boleh dan mampu. Yer lah, isteri dah biasa jadi Pengetua di rumah. Tiba tiba guru sandaran nak jadi Pengetua. Pengetua turun pangkat..
.
Apakah Solusi?
1- discuss dulu laki bini kenapa perlu berubah job scope. Kalau yg ni tak lepas, steps seterusnya tak valid. Hatta walaupun cakap Alquran kata mcm tu.. Sama juga, tak jalan juga… No 1 ni kena lepas dulu ok…
.
2- cari ilmu parenting. Bukan suami tak mahu ajar anak. Ada suara dalam diri yg sangat kuat. I
– anak aku dengar ke cakap aku
– nanti anak kata aku buang tebiat
– anak gelak mcm mana
– nak ajar apa? Sekolah kan ajar
– ahhh leceh lah. Aku ada banyak kerja nak buat. Cukup bulan, aku yg nak kena bayar segala bil dan komitmen
.
3- dlm proses ini ADA TRANSITION BERLAKU. Surah lukman dengan jelas bercerita action plan nya. Dalam seminar TimeREVAMP, sekiranya dalam online questionnaire peserta ada highlight perkara ni.. Baru saya akan tunjukkan video Solusi nya. Transition ambil masa 1 bulan minimum. Bukan 2 atau 3hari sayang…
.
4- SEMASA TRANSITION ini.. Isteri yg banyak mainkan peranan. Hey! U’ve been overloaded. perasan kan..
.
5- tapi, jangan salahkan suami ya.. isteri yang sebenarnya tanpa sedar berkuasa veto di rumah.
.
Isteri… Hebat mcm mana pun, tetap redha suami tu penting. Tetap kena hormat suami. Kenal diri, kenal suami. Tahu kekuatan masing2..punca hubungan makin dingin, adalah kerana isteri tanpa sedar buatkan suami tak happy… Tak De redha suami lah tu.
.
Ok?
.
Ya. Diizinkan utk Share.

HusnaHaron

Leave a Reply