Skip to main content

PESAN ABAH: KEBERKATAN REZEKI

By February 21, 2018Blog, S - Spiritual

Baru faham apa yg abah pesan pasal bisness….
Abah pernah cerita pasal “keberkatan rezeki”.. Kata abah “di dalam sedikit rasa cukup, di dalam banyak rasa selamat“. Sukar untuk faham guna akal logik matematik. Sebab ia melibatkan hati.
.
Bisness atau bekerja adalah usaha kita. Aktiviti fizikal yg dipandu oleh hati. Hati raja. Kiraan akaun, ada debit kredit. Saya teramat percaya, sesiapa yg berbisness pasti pernah alami “rezeki durian runtuh,” duit tersepak”, tiba tiba ada orang beli banyak untuk orang lain, tiba tiba orang sengaja bagi duit lebih.. Tiba tiba ada dapat sponsor… Tiba tiba ada moment “datang dari mana duit ni? Tiba tiba banyak… Untraceable transactions”
.
Itu dari perspektif duit masuk banyak…
.
Dari perspektif duit masuk “sikit”… Tiba tiba rasa ‘aku dah bayar semua… Kenapa duit masih banyak.. Ermm semua sihat, dah lama tak sakit… Kereta dah berusia tak pernah meragam… Minyak kereta macam lama aje nak habis tangki walaupun dah banyak drive..
.
Di dalam train… Saya menyaksikan keberkatan rezeki.. Dan emosi yg sungguh pure.
.
Jangan menggunakan logic bila berharap pada Allah. Kerana Kun FayakunNya melangkaui segalanya.

HusnaHaron

Leave a Reply