PESAN ABAH..
.
Ralit melihat pekerja ini mencuci kolam. Setelah kolam dicuci, datang banyak pula burung merpati singgah minum..
.
Fikiran saya melayang kepada peristiwa yang berlaku 10 tahun lepas..
.
Saya ada rasa ingin tahu yang teramat sangat tentang 2 perkara:-
– abah, tersangat berkat masa beliau. Banyak benda yang beliau boleh uruskan..
– ma, tersangat mudah doa beliau makbul. Hatta yang terlintas di hati pun makbul cepat.
.
Ma dan abah amat memahami apa itu Sebenarnya Islam dan Alquran. Laluan cara hidup sempurna untuk mendapat cinta Allah..dari situ saya berfikir..
.
Soalan orang muda zaman dulu biasalah.. Nampak Allah sebagai pemakbul doa nafsu serakah je.
.
Husna : Abah.. Mcm mana na nak jadi macam ma?
Abah : na dah ada persamaan dengan ma. Dah 85%
Husna : apa yang tak sama tu?
Abah : yang tak sama tu lah yang paling mahal
Husna : yer lah apa dia? (sungguh tak sabar)
Abah : na anak yang baik. Orangnya baik (abah bermukaddimah.. Faham faham la)
Husna : ok.. Tapi?
Abah : HATI NA BUSUKKKK
Husna : Hah? Maksudnya?
Abah : perlakuan na baik.. Tapi hati na busuk. Contohnya
.
1) na kuat laser orang. Bergaduh dengan orang. Salah sikit, na marah bukan main.
2) na tak jaga makan. Bab diet utk kurus, na jaga sangat. Tapi penyediaan makanan, na tak jaga. Bila client ajak makan.. Na bedal je semua. Walaupun dimasak oleh non Muslim
3) na sembahyang lewat waktu. Bukan tak sembahyang. Tapi waktu yang dah nak habis
4) na banyak fikir negatif pasal orang
.
Banyak lagi yg abah senaraikan. Ini 10 tahun lepas.
.
Maka, saya di gula gulakan dengan pelbagai impian. Bersihkan hati kerana memancing doa makbul…buat kerana Allah? tak faham langsung.
.
Tapi Allah ni baik… Tahu saya ni amatur yg baru belajar.. Lantas dari 10 tahun lepas, saya banyak mencari ilmu pasal cuci hati. Yg saya amalkan? 3 ni je.. Setiap hari
.
1) istighfar
2) baca Quran utk cuci hati
3) sedekah
.
Perhatikan… Drama hidup menjadi lebih indah..10 tahun lepas, buat kerana impian nafsu serakah. Subhanallah Allah bagi.. Istidraj atau memang layak? Tak tahu.
.
After few years…setelah ada anak, saya
mencuba utk cuci hati kerana mahu kan cinta Allah…
.
Subhanallah! Tersangat lah indah. Hingga tiada apa lagi yang saya mahu minta.. Hanya Allah.. Kerana Allah.. Jauh langit ke tujuh dan bumi bila cuci hati kerana Allah vs kerana impian nafsu serakah.
.
So.. Apakah anda dapat sesuatu dari post ini? Baca dan kita sama sama amal ya.. Jom kita!