Skip to main content

Mencari ACTION PLAN di dalam setiap ayat Alquran itu perlu.

Mencari ACTION PLAN di dalam setiap ayat Alquran itu perlu. Ada action plan yg memerlukan tindakan fizikal.. Ada yang hanya di dalam hati. Hukum hakam, jangan pertikaikan. Suka ke tak suka ke.. Buat aja.
.
Dalam proses buat aja itu.. Perlukan kita utk memahami apakah MESSAGE DI SEBALIK SYARIAT. Allah tak hegeh pun pada kita utk beribadat pada Dia. Maka, of course la ibadat itu sebenarnya akhirnya utk kepentingan Kita. KENAPA?
.
Terlalu banyak sebab.. Boleh dirungkai kan dari segi bahasa.. Sains.. Biologi.. Metafizik.. Quantum science… Ops! Itu semua hanyalah side effects.
.
Finally, kita akan upgrade dari solat sebab kena buat..upgrade kepada solat sebab kecantikan solat itu.. Upgrade kepada “eh kalau tak buat side effects sahaja dah teruk mcm ni mcm tu…” upgrade lagi kepada solat sebab takut dengan pembalasan instant di dunia lagi.. Upgrade lagi kepada solat sebab bersyukur… Upgrade lagi kepada solat sebab I miss You ya Allah.. Upgrade lagi kepada solat untuk Cinta Allah.. Upgrade lagi dan lagi..
.
Hingga secara tak sedar.. Kita jatuh cinta berkali kali.. And it’s all effortlessly.
.
Always refer guru. Dekatkan diri kita dengan para ustaz.. Para ulama.. Para ilmuwan.. Guru yang terserlah nampak impak solat dalam kehidupan…

HusnaHaron

Leave a Reply