Skip to main content

KAGUM DENGAN CARA ALLAH MEMBERI REZEKI…

By April 10, 2018Blog, I - Ilmu

KAGUM DENGAN CARA ALLAH MEMBERI REZEKI…
.
Hari ni TIBA tiba teringin makan cendawan kukur. First time makan 4 tahun lepas dan itulah yg terakhir.
.
Husna : mak.. Dah lama tak makan cendawan kukur.. Agak ² ada tak orang jual eh.
Mak : mak pun dah lama tak makan.. Cendawan tu susah nak hidup sekarang. Orang asyik sembur racun..
.
Selang 2 minit.. Tiba tiba ternampak ada orang jual!
.
Saya kagum..
– secara marketing nya… Brother ni tidak menggunakan signboard, gerai atau apa pun.. Hatta lokasi pun di laluan yg orang drive dengan laju….
– apa yg beliau lakukan hanyalah berdiri tepi jalan sambil memegang 1 plastik pink dan pegang 1 cendawan kecil (seperti pic 3).
– kebiasaannya saya bawa 160km/j kat laluan tu…
.
Maka saya kagum, bagaimana Allah menjentik kan RASA MENGIDAM BUKAN MENGANDUNG NI…. Kagum lagi utk jentik kan hati utk drive slow di situ.. Lebih kagum, Allah jentikkan hati utk beli SEMUA STOK JUALAN Beliau..
.
Pasti disebabkan beliau berdoa..
Pasti disebabkan itu adalah rezeki yg ditakdirkan utk beliau..
Pasti disebabkan niat saya utk bersedekah hari ni..
Pasti kerana buku bertemu ruas…
..
Bertambah kagum dengan SEDEKAH BERANTAI YG ALLAH ILHAMKAN..
.
– Duit yg dibayar adalah duit sedekah dari ibu saya di Terengganu
– di sedekahkan utk niat guru tafseer..
– di sedekahkan kepada brother penjual melebihi nilai
– cendawan itu disedekahkan kepada mak mertua, abang ipar, kakak ipar dan of course diri sendiri dan famili.
.
Kagum…. Subhanallah…

HusnaHaron

Leave a Reply