ISTERI JE KE YANG KENA DAPAT REDHA SUAMI, BAHAGIA KAN SUAMI? APA HAL PULA SI SUAMI?
.
berikutan pelbagai post personal coaching yg saya upload di Facebook tentang redha suami, ada beberapa message yg saya terima bertanya tentang “puan.. Bagaimana pula dgn suami? tak perlu sediakan nafkah/bahagiakan isteri ke”
.
Sebelum saya jawab.. Ingin saya jelaskan bahawa, action plan PERSONAL COACHING TERHADAP CLIENT adalah KHAS UNTUK CLIENT SECARA SPECIFIC. Apakah relevant kepada semua wanita? Ayat Alquran relevan kepada semua. Action plan, specific dan identical kepada individual client.
.
Dalam context AUDIT LIFE, saya akan melihat area mana dalam Alquran yang sedang dilalui oleh client. REGARDLESS DAPAT REDHA SUAMI ATAU TIDAK, TETAP SAYA AKAN AUDIT. Apakah si suami perlu dapat redha isteri? Itu bukan concern saya kerana si suami bukan client yang saya sedang solve.
.
Setelah berkahwin, hubungan isteri memang direct kepada suami. Sebab tu penting untuk dilihat dan dinilai.
.
Sekiranya seorang isteri merungut dan derhaka pada suami.. Itu dikatakan nusyuz.
.
Suami yang tak bertanggungjawab kepada isteri? Apakah nusyuz? hubungan dgn Allah kerana tidak melaksanakan tanggungjawab SUDAH TENTU DIHITUNG OLEH ALLAH.. PARENTS, ISTERI DAN ANAK ANAK ADALAH TANGGUNGJAWAB SUAMI.
.
apakah mendoakan keburukan kepada suami selesai kan masalah? Dalam keadaan diri sendiri masih berlabel isteri kepada si suami? Astaghfirullahalazim… Alquran is so perfect memberikan solusi. Contoh surah At-Talaq 65:7
.
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
.
Dan amat benar.. Allah Amat pantas Hitungan hisabNya.. Perhatikan lah kehidupan peribadi orang yang tidak bertanggungjawab, yang tidak bahagia kan ahli keluarga nya, yang tidak memperkenalkan Allah melalui AMALKAN ISLAM kepada ahli keluarganya..
.
Jawapan ada di situ….
.
Namun, jangan sesekali kita menilai orang. Siapa kita untuk menilai dan menjadi tuhan. Astaghfirullahalazim…. Hatta me myself bila mahu lakukan personal coaching, SAYA MEMINTA IZIN UNTUK EVALUATE untuk mencari solusi Alquran. Setelah selesai, saya mohon maaf kerana evaluate walaupun client sudah senyum gembira melebar kerana nampak Solusi. Dengan izin Allah.
.
Setiap orang Allah design kan taqdir yang berbeza. Semuanya untuk kembali pada Allah. Pasti bersebab si suami jadi macam tu.
.
Sekiranya anda merasakan anda bagus… Cubalah advice. Sekiranya suami itu terlebih bagus dan ego, tetap ada Solusi sekiranya kita tunduk kepada Allah Yang Maha Memberi Solusi.
.
Yang mana yang akan buatkan kita lebih upgrade connection kepada Allah. Itu yang utama.
– Some people melepaskan perkahwinan, bercerai dan merasai makin bercinta dengan Allah.
– some people bercerai dan makin kenal Allah, soon after rujuk dan makin bercinta dengan Allah
– some people mencuba perbetulkan keadaan, melalui proses yang perit. Dalam proses itu bercinta dengan Allah. Dan keadaan kembali pulih.
– some people sama sama bercinta dengan Allah melalui pasangan.
– some peoole, tidak kisah ada pasangan atau tidak.. Asalkan Allah di hati.
.
Jadi… Cuba lah kita tanya diri kita… Sejauh mana kita upgrade hubungan dengan Allah.
.
Some people, spiritual journey yg di explore akan menyebabkan fikiran nya berkecamuk. Confuse. Maka tanggungjawab terkesan. Some people, diri sendiri pun lost… Di sinilah PENTING UNTUK KITA BERGURU TENTANG MENGAMALKAN ALQURAN. tak cukup dengan hanya baca AlQuran dalam bahasa Arab tanpa mencuba untuk memahami.
.
Menghentam pasangan, lambat selesaikan masalah. Cari Allah di dalam setiap isu. Refer Allah dalam setiap perkara. Berdoa pada Allah setiap masa. INGAT PADA ALLAH SETIAP NAFAS…
.
Jomkita fikir fikirkan ayat Alquran ini. Dan cuba kita lihat.. Sekiranya suami itu jahat, apakah maksudnya. Sekiranya suami itu baik, apakah maksudnya..Jomkita sama sama fikirkan.. Surah An-Nur 24:26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia..
.
Bukan mencari siapa benar siapa salah. Tetapi bagaimana dgn kesalahan itu membawa kita kepada Allah. Tujuan utama hidup.
.
Bukan menentukan hukum hakam, tetapi bagaimana hukum itu menyelesaikan masalah untuk Upgrade hubungan dgn Allah.
.
Bukan pasal siapa menang siapa kalah, tetapi bagaimana pasangan “digunakan” oleh Allah untuk upgrade kita kepadaNya
.
Jomkita lihat TUJUAN UTAMA HIDUP. BUKAN UNTUK TERPERANGKAP DALAM MASALAH. ALLAH ITU FOKUS UTAMA.
P/s : Suami yg tak bahagia kan isteri, sudah tentu amat jelas Kesannya. Banyak kes yg saya jumpa. Cuma ada benda boleh di post di Facebook. Ada benda tak sesuai.