Skip to main content

IMPAK SEDEKAH..

IMPAK SEDEKAH..
.
Kami ke sini untuk bawa mak mertua.. Maka, pakailah tourist guide. Ambil pakej di sini 5x lebih MURAH. 😎😎
.
Masuk hari ke 4, mak mertua makin sihat.. kami tukar kepada Backpack style.. Flexible, lebih nampak budaya tempatan dan suka hati nak ke mana.. Bila backpack, kami naik bas, tuk tuk, UBER. Penjimatan itu, untuk sedekah lagi..
.
Sedang dalam perjalanan, kereta yang kami naiki berhenti kerana Jem. Ohh ada kematian. Jenazah pasti seorang yang Special. Begitu ramai menghantar arwah ke kubur. Malahan, berebut rebut pula orang mahu angkat keranda… Subhanallah..
.
Teringat akan pesan Allah di dalam surah Al-Munafiqun 63:10 untuk kita pertingkatkan SEDEKAH

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.
.
Mengamalkan ayat Alquran ini sebenarnya subhanallah tersangat indah… Saya belum pernah mati. Tapi bila selalu berada dalam mode sedekah, HATI SENTIASA LAPANG.. HIDUP BANYAK DIPERMUDAHKAN… kini, anda makin jelas kan? Dalam post sebelum ini.. Saya sudah jelaskan DIMENSI SEDEKAH TERAMAT LUAS.. Dan Allah teramat adil..SEDEKAH BUKAN HANYA UNTUK ORANG YANG BANYAK HARTA. sedekah adalah untuk orang yang KAYA JIWA,
.
Untuk kaya jiwa.. Sangat mudah..
.
Bagaimana sedekah mempermudahkan hidup? Itu semua kerja Allah yang tiada batas ideaNya. Namun, setakat kami berada di sini… Inilah sebahagian kemudahan itu. PASTI KERANA ALLAH YG PERMUDAHKAN..
.
1) tiada ATM untuk keluarkan duit..berkali kali berusaha.. Semuanya rosak / kad ATM tidak boleh dibaca. ALLAH PERMUDAHKAN dengan kami di perkenalkan kepada seseorang yang mahukan duit RM. Kami transfer dari cimb kepada cimb beliau. Dan beliau transfer kan duit Rupiah ke akaun adik ipar. TANPA CHARGE FOREX .
.
2) Mahu beli sari. Ketika sampai di tempat shopping, and ada beribu ribu kedai sari. Mana saya tahu yang mana murah dan berkualiti. Adik ipar tiada ketika itu. Pedulikan. ALLAH MAHA MENGETAHUI..saya masuk 1 kedai. Sedang membelek sari.. Tiba tiba ada seorang lelaki menyapa
.
Lelaki : kak.. Dah murah sangat tu. Akak jangan risau, ni kedai paling murah kat sini. Saya memang selalu beli kat sini untuk jual kat Malaysia. Harga yang akak dapat tu, harga pemborong macam saya ni…
.
Husna : oh ya kah? Terima kasih Ya.. Jumpa juga
.
3) makanan halal yang murah, sedap? Adik ipar saya expert membantu
4) transport? Subhanallah.. Tiada istilah menunggu, banyak
5) bab handbag dan smartphone, berpuluh puluh orang yang tiba tiba datang dan peringatkan untuk jaga elok elok dan pegang kemas.
6) ada seorang Dr yang berikan saya antibiotik untuk 1 family..supaya tidak terkena cirit birit kerana makan makanan local.
.
Kalau nak disenaraikan banyak… Teramat benar kata kata Allah Al-Mulk 67:15
.
“Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: MUDAH digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)”
.
Di mana mana ceruk dunia.. Sekiranya kita jaga 3 perkara ini, pasti dipermudahkan
.
1) solat
2) sedekah
3) quran
.
Solat dan Alquran mungkin mudah. Bab sedekah? Cubalah baca apa pula yang Allah katakan di dalam surah Al-Mujadila 58:13
.
” Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.”
.
Untuk sedekah, saya banyak dididik oleh guru terhebat iaitu Mr Hubby. Beliau begitu banyak mengajarkan saya bagaimana utk upgrade yakin ketika” tiada”
.
Begitu juga Ma dan Abah… Mereka lagi lah subhanallah. Siap ada jadual sedekah untuk official sedekah. Yang unofficial tak terhitung. Padanlah mereka dikurniakan kekayaan yang tak berkesudahan.
.
Apakah anda nampak apa yang harus dilakukan setiap hari selepas ini?

HusnaHaron

Leave a Reply