YouTube Faizal Tahir : Gemuruh (sila klik)
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Sumber : http://liriklagu-lyricsongs.blogspot.my/2009/12/lirik-gemuruh-faizal-tahir.html
Gambar : https://farm1.staticflickr.com/277/18748460138_dbbeb902fb_b.jpg
REVIEW
Sebelum aku pergi meninggalkan bumi ini, aku ingin dikenali sebagai seseorang yang pernah berjuang dan menyumbang demi kesejahteraan negara, atau mungkin dunia. Insyaallah. Panggil aku omong kosong, sekurang-kurangnya aku tak cuba menjatuhkan seseorang demi mengejar kejayaan. Aku ingin membuktikan yang dengki itu bukan definisi Melayu. Aku percaya kita semua boleh sama-sama berjaya.
Aku cuma perlukan ruang dan masa untuk aku reflek diri supaya aku boleh berubah kepada insan yang lebih baik. Aku takkan mampu buat apa pun untuk orang lain kalau diri sendiri pun tak terbina. Aku sering berdoa kepada Allah agar diri ini sentiasa bermotivasi.